Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

MITI Day 2023

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 SELANGOR

 

MITI DAY 2023 GO EXPORT FINANCING PROGRAMME

 

MITI DAY 2023 ACADEMY IN INDUSTRY

 

MITI DAY 2023 ZUMBA

 

MITI DAY 2023

 

MITI DAY 2023

 

MITI DAY 2023

 

MITI DAY 2023

 

MITI DAY 2023

 

MITI DAY 2023

KEMERIAHAN MITI DAY SELANGOR 2023

YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian MITI Day Selangor 2023 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Majlis Perasmian MITI Day Selangor 2023 turut dihadiri oleh Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha MITI serta Pengurusan Tertinggi MITI dan Agensi.

Pada majlis tersebut turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan, Majlis Penyerahan Rakan Strategik Academy in Industry (AiI) dan Penyerahan Sijil Productivity Champion dan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Syarikat Pempamer Eksplorasi Kerjaya. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis tempatan iaitu Dato' Jamal Abdillah, Nabila Razali dan ramai lagi.

YB Tengku Zafrul juga berkesempatan untuk melawat kemeriahan booth PKS, Eksplorasi Kerjaya dan Academy in Industry (AiI) yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung. Kebanyakan yang hadir adalah terdiri daripada pelajar universiti yang ingin mendapatkan penempatan latihan industri serta sedang mencari peluang pekerjaan.

MITI mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tetamu jemputan dan warga Selangor yang turut sama memeriahkan MITI Day 2023 pada kali ini. MITI berharap dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai fungsi MITI dan agensi demi memperkasa industri terutama di sekitar negeri Selangor. MITI dan agensi sentiasa komited untuk membangunkan ekonomi negara dan menjadikan program ini sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan diantara MITI dan masyarakat setempat.

#MITIDAY2023
#PerkasaIndustriMajuEkonomi
#kasigegarmitiday23

PERASMIAN MITI DAY 2023 

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian MITI Day 2023 yang berlangsung di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Pulau Pinang.

Majlis Perasmian MITI Day 2023  turut dihadiri oleh YB Dato' Mohd Sayuthi Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pelaburan) MITI serta pengurusan tertinggi MITI dan agensi.

Pada majlis tersebut turut diadakan Majlis Penyerahan Rakan Strategik Academy in Industry (AiI), Penyerahan Sijil Productivity Champion, Majlis Pelancaran "Industry Led Professional Certificate Programme" (IPC) dan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Syarikat Pempamer Eksplorasi Kerjaya.

MITI mengucapkan jutaan penghargaan kepada tetamu jemputan dan warga sekitar Pulau Pinang yang turut sama memeriahkan Majlis Perasmian MITI Day 2023 pada kali ini. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti dan memberi kefahaman mengenai fungsi MITI dan agensi demi memperkasakan industri dan memajukan ekonomi negara serta masyarakat setempat.

#MITIDAY2023
#PerkasaIndustriMajuEkonomi
#kasigegarmitiday23


Last Updated 2023-08-04 20:25:11 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia