1. Aduan yang bagaimana yang boleh saya kemukakan kepada MITI?
Semua aduan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan MITI dan Agensi di bawah MITI yang dirasakan tidak adil dan tidak mengikut lunas undang - undang.
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tiada / percuma.
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu.
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?
Boleh, sekiranya aduan tersebut melibatkan kepentingan awam seperti
salahguna kuasa dan lain - lain.
5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh MITI?
-
Kelewatan Atau Tiada Tindakan
-
Tindakan Tidak Adil
-
Kepincangan Pelaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang
-
Salah Guna Kuasa / Penyelewengan
-
Salah Laku Anggota Awam
-
Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan
-
Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter Dan Telefon
-
Kegagalan Penguatkuasaan
-
Pelbagai Aduan
6. Bagaimana cara membuat aduan?
-
Hadir sendiri ke kaunter MITI / Agensi
-
Melalui telefon
-
Menulis surat
-
Faks
-
Laman web/facebook/twitter MITI
-
Program - program MITI / Agensi
-
Apakah yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada MITI?
-
Maklumat peribadi pengadu seperti nama, alamat, no. telefon serta
maklumat aduan yang lengkap
7. Apakah yang berlaku kepada aduan saya?
-
MITI akan menghantar surat akuan terima (SAT) kepada pengadu
-
MITI akan menyiasat semua aduan yang dikemukakan
-
Maklumkan kepada pengadu status aduan mereka
-
Mesyuarat akan diadakan jika perlu
-
Menghubungi pengadu mengenai tindakan yang di ambil.
8. Berapa lama MITI membuat siasatan?
Mengikut Standard Operating Prosedur (SOP) MITI setiap aduan yang dikemukakan perlu diselesaikan dalam tempoh masa 15 hari bekerja
Bagaimanapun ia tertakluk kepada aduan yang dikemukakan sekiranya aduan tersebut mudah ia segera diselesaikan dan jika aduan berkenaan rumit ia akan mengambil masa
9. Agensi di bawah MITI ?
-
SME BANK
-
MATRADE
-
MIDA
-
MIDF
-
MPC
-
SME Corp
-
HDC
KATEGORI ADUAN MITI DAN AGENSI DI BAWAH MITI
-
Kelewatan atau tiada tindakan
-
Tindakan tidak adil
-
Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang
-
Salah guna kuasa / penyelewengan
-
Salah laku anggota awam
-
Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan
-
Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan termasuk kaunter dan telefon
-
Kegagalan penguatkuasaan
-
Pelbagai aduan
CARTA ALIRAN TATACARA PENGURUSAN ADUAN
Last Updated 2015-06-08 14:35:48 by admin2