MITI Integrity Unit was established on January 2nd 2014. MITI was rated as a high risk organization by MACC. The unit function as a focal point in managing issues related to integrity in MITI. It is also responsible in implementing six (6) core functions as follows: (Note: This content is not available in English) 1. Bengkel Pelaporan Fungsi Teras Unit Integriti MITI Dan Agensi Bengkel Pelaporan Fungsi Teras Unit Integriti MITI Dan Agensi telah diadakan pada 22 Jun 2023 di Dewan Perdana, Menara MITI Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh semua Ketua Unit Integriti Agensi di bawah MITI iaitu seramai 30 orang. Manakala penceramah jemputan adalah Puan Siti Zaharah Abdul Aziz dan Tuan Nohardy Mat Noh dari Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), SPRM. Objektif bengkel ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman terhadap pelaporan integriti melalui Sistem AIMS dan pelaporan secara manual oleh MITI dan Agensi. Sistem AIMS dan Pelaporan Secara Manual ini merupakan pelaporan untuk mengawal selia dan memantau fungsi teras Unit Integriti di agensi awam dan governans di syarikat berkaitan kerajaan. Sesi Ceramah Fungsi Teras Unit Integriti oleh En. Nohardy Mat Isa, SPRM Sesi Ceramah Sistem AIMS oleh Pn. Siti Zaharah, SPRM 2. Kursus Keutuhan Diri Kumpulan Sokongan MITI 2023 Kursus Keutuhan Diri Kumpulan Sokongan MITI 2023 telah diadakan pada 6 hingga 8 Julai 2023 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Seramai 30 orang warga MITI yang terdiri daripada kakitangan gred 11 sehingga 36 telah menyertainya. Fokus utama pelaksanaan program ini adalah memberi penerangan kepada warga MITI mengenai kesalahan tatatertib dan rasuah serta implikasinya kepada perkhidmatan awam supaya warga MITI menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan menolak rasuah. Kursus ini merupakan salah satu daripada program pengukuhan integriti untuk memenuhi audit ISO 37001 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS), di mana MITI telah dianugerahkan pensijilan ABMS secara keseluruhannya pada tahun 2020. Ceramah Tatatertib oleh En. Yus Yulandy dari JPA
Sesi Ceramah Dasar Antirasuah MITI oleh En. Biyamin Ismail, MITI
Sesi bergambar Bersama peserta dan urusetia/penceramah 3. Seminar Pengukuhan Integriti Dan Antirasuah Peringkat Pengurusan Atasan MITI Siri 1 Tahun 2023 Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 - Seminar Pengukuhan Integriti dan Antirasuah Peringkat Pengurusan Atasan MITI telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha MITI di Dewan Perdana Menara MITI pada pagi ini. Seminar yang dihadiri oleh seramai 43 orang yang terdiri daripada Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian, Pengarah MITI Wilayah dan Ketua Unit adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan terhadap usaha-usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam perkhidmatan awam, bentuk-bentuk kesalahan rasuah, kesan buruk jenayah rasuah dan langkah-langkah pencegahan dan tanggungjawab untuk melaporkan rasuah dan membudayakan integriti dalam segala urusan dan gaya hidup. Intipati seminar telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya, YBhg. Dato’ Nor Azmi Bin Karim, Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), SPRM ini juga adalah usaha Unit Integriti MITI sebagai usaha membudayakan integriti dan antirasuah dalam tadbir urus MITI . Pembukaan oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha MITI
Penceramah dari BPIA SPRM Putrajaya Para peserta seminar 4. Lawatan Berpandu Ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya Oleh Kumpulan P&P MITI 2023 Putrajaya, 14 September 2023 – Unit Integriti MITI dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas), SPRM Putrajaya telah menjayakan suatu program lawatan berpandu ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Seramai 30 orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional MITI yang terdiri dari gred 41 – 54 telah menyertai lawatan ini. Di antara pengisian program adalah lawatan ke konti radio SPRM yang dikendalikan sendiri oleh kakitangan SPRM Putrajaya dan juga ceramah antirasuah yang disampaikan oleh YBrs. Ramli bin Hassan, Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan cara kerja pegawai SPRM dan juga merapatkan ikatan kerjasama di antara jabatan kerajaan. Taklimat Keselamatan oleh Pegawai Keselamatan SPRM
Penceramah dari Penmas SPRM Putrajaya, Tuan Ramli Bin Hassan
Sesi soal jawab
Para peserta dan urusetia 5. Ceramah Perdana Integriti “Pengisahan Dari Tirai Besi: Guarantee Money” Kuala Lumpur, 2 November 2023 - Bersempena Sambutan Hari Integriti Nasional 2023, Unit Integriti, MITI telah menganjurkan Ceramah Perdana Integriti yang bertajuk “Pengisahan Dari Tirai Besi: Guarantee Money”. Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Md Shahrizal Bin Che Dan a.k.a Castello, penceramah jemputan dari CJ Global Venture. Ceramah ini telah dihadiri oleh lebih 200 orang warga MITI dan Agensi daripada pelbagai gred. Intipati perkongsian adalah berkisar mengenai pengalaman En. Md Shahrizal sepanjang beliau menjalani hukuman penjara akibat rasuah dan persepsi masyarakat terhadap pesalah rasuah dan keluarga mereka. Semoga dengan perkongsian ini, warga MITI dan Agensi akan terus komited dalam menjalankan tugas dengan penuh integriti dan menjauhi rasuah demi mewujudkan sebuah landskap ekonomi yang sihat dan stabil. Penceramah, En. Md Shahrizal Bin Che Dan dengan penuh semangat menceritakan pengalaman beliau
Sepanjang sesi Ceramah Perdana Integriti 6. Seminar Pengukuhan Integriti Dan Antirasuah Peringkat Pengurusan Atasan Dan Agensi, MITI Siri 2 Tahun 2023 Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Bersempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2023, Unit Integriti, MITI telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Integriti dan Antirasuah Peringkat Pengurusan Atasan dan Agensi, MITI Siri 2 Tahun 2023. Seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), MITI dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Agensi di bawah MITI bersama-sama Ketua Unit Integriti masing-masing serta pengurusan atasan MITI seramai 40 orang. Ceramah mengenai Akta SPRM 2009 dan Liabiliti Korporat (Sekysen 17A) disampiakan oleh Pegawai Penguatkuasa Kanan SPRM iaitu Tuan Sivarasan A/L Baby Kalidawson. YBhg. Datuk TKSU (I) menekankan bahawa integriti adalah sangat penting bagi setiap pegawai MITI dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik seiring dengan harapan Kerajaan dalam memacu ekonomi rakyat dan mempertahankan integriti negara daripada unsur rasuah serta ketirisan. Sekiranya Malaysia berjaya menjadi di antara negara terbaik dalam pengurusan integriti dan anti rasuah, maka ianya akan memberikan persepsi yang baik dan positif kepada pelabur dari luar negara. Pembukaan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Penceramah dari Penmas SPRM Putrajaya, Tuan Sivarasan A/L Baby Kalidawson Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Para peserta seminar 1. Kursus “Kita Ejen Perubahan Nilai Tadbir Urus Baik” Kursus “Kita Ejen Perubahan Nilai Tadbir Urus Baik” anjuran Unit Integriti MITI telah berlangsung pada 22 – 24 Mac 2022 di Bayview Hotel Melaka dengan jayanya. Seramai 25 peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana gred 11 – 32 telah menyertai kursus ini. Matlamat kursus ini adalah untuk memperkasa nilai-nilai murni dan etika integriti penjawat awam secara berterusan. Kursus ini juga merupakan sebahagian daripada Pelan Antirasuah MITI (OACP) 2020 – 2024 dan Anti-Bribery Management Systems (ABMS). Penceramah kursus adalah terdiri dari Pegawai di Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas) SPRM, juga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pegawai dari Unit Integriti MITI sendiri. Bergambar kenangan bersama peserta dan penceramah dari Penmas SPRM 2. Tayangan Filem Sempena Sambutan Hari Integriti Kebangsaan 2022 Program Tayangan Filem Sempena Sambutan Hari Integriti Kebangsaan 2022 telah diadakan pada 29 November 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar 1, Menara MITI. Seramai 40 orang warga MITI yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan gred 11 sehingga 52 telah menyertainya. Fokus utama pelaksanaan program ini adalah memberi penerangan kepada warga MITI mengenai Polisi Pemberi Maklumat MITI dan Akta SPRM 2009, meningkatkan amalan dan penghayatan nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan warga Kementerian menerusi tayangan filem yang bersesuaian dan menyokong usaha kerajaan ke arah menjadi negara bebas rasuah dengan mendidik warga MITI menjadi warganegara yang bencikan rasuah. Pn. Farah bertugas sebagai pengacara program En. Biyamin menyampaikan taklimat ringkas Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat MITI
Warga MITI 1. Pelancaran Buku Pelan Antirasuah MITI (OACP) 2020 - 2024 Pada 26 Februari 2021 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah (OACP) MITI 2020 - 2024 oleh YBhg. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan MITI yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI. Pelan OACP MITI ini bermatlamat untuk merealisasikan usaha pemantapan integriti, governans dan antirasuah secara menyeluruh dalam program dan aktiviti serta tadbir urus di MITI. Sebanyak 105 inisiatif telah dikenalpasti akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun tersebut. YBhg. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan MITI menandatangani Pelan Antirasuah MITI (OACP) 2021 - 2024
Sesi bergambar bersama Buku Pelan Antirasuah MITI (OACP) 2021 – 2024 2. Kursus Integriti & Ketrampilan Penjawat Awam MITI 2021 Kursus Integriti & Ketrampilan Penjawat Awam MITI 2021 anjuran Unit Integriti MITI telah diadakan pada 18 Mac 2021 bertempat di Hotel The Westin Kuala Lumpur. Seramai 38 orang warga MITI yang terdiri daripada pegawai gred 19 sehingga 52 telah menyertainya. Program ini dirangka adalah selaras dengan objektif Dasar Antirasuah MITI iaitu menerapkan nilai-nilai murni dan membudayakan integriti warga kerja dalam organisasi.Fokus utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pengetahuan mengenai etika berpakaian Penjawat Awam yang berketrampilan selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA. Konsultan kursus adalah En. Hafiz Mustapha daripada Cutecarry Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Naib Presiden Federation of Image Professional International (FIPA) Malaysia dan mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Sekitar Kursus Integriti & Ketrampilan Penjawat Awam MITI 2021 1. Kursus Pengurusan Tatatertib 2020 Kursus Pengurusan Tatatertib yang telah diadakan pada 16 Julai 2020 bertempat di Bilik Seminar 1, Menara MITI. Seramai 32 orang warga MITI yang terdiri daripada pegawai gred 19 sehingga 54 telah menyertainya. Fokus utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan dalam menguruskan kes tatatertib pegawai. Kursus ini juga diselitkan dengan aktiviti Kuiz Integriti Siri 1 tahun 2020 untuk menguji tahap pengetahuan para peserta mengenai Dasar Anti Rasuah MITI dan lain-lain pengetahuan berkaitan dasar dan akta sedia ada. Tuan Syamsul Nizam Mohd Razali daripada JPA sedang menyampaikan ilmu mengenai Pengurusan Tatatertib kepada peserta yang hadir Pemenang hadiah utama Kuiz Integriti Siri 1/2020 2. Kursus Keutuhan Diri Kumpulan Pelaksana MITI 2020 Kursus Keutuhan Diri Kumpulan Pelaksana MITI 2020 anjuran Unit Integriti MITI telah berlangsung pada 12 Ogos 2020 di Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan jayanya. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana gred 11 – 36 telah menyertai kursus ini. Objektif kursus adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga MITI berkenaan Dasar Anti Rasuah MITI, akta atau undang-undang berkaitan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa, pengurusan tatatertib dan contoh-contoh kesalahan tatatertib yang sering berlaku di kalangan penjawat awam serta agenda pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kursus juga diselingkan dengan aktiviti Kuiz Integriti Siri 2 bagi tahun 2020. Suasana semasa kursus berlangsung
Para pemenang Kuiz Integriti Siri 2/2020 3. Kursus Keutuhan Diri Pegawai MITI 2020 Kursus Keutuhan Diri Pegawai MITI 2020 anjuran Unit Integriti MITI telah berlangsung pada 15 September 2020 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dengan jayanya. Seramai 28 peserta yang terdiri daripada pegawai gred 41 – 48 termasuk pengarah MITI Wilayah di Semenanjung Malaysia telah menyertai kursus ini. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif Pelan Antirasuah (OACP) MITI 2020 - 2024 mengenai usaha dan kawalan dalaman kementerian dalam pengurusan integriti dan memastikan pembudayaan integriti diterapkan dalam organisasi. Kursus juga diselingkan dengan aktiviti Kuiz Integriti Siri 3 bagi tahun 2020 yang bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan pegawai mengenai Dasar Antirasuah MITI dan juga Anti-Bribery Management System (ABMS). Suasana semasa kursus berlangsung Para pemenang Kuiz Integriti Siri 3/2020 1. Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah (OACP) MITI Bagi Tahun 2019 - 2023 Unit Integriti MITI dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah (OACP) MITI Bagi Tahun 2019 – 2023 pada 25 hingga 28 September 2019 di Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Ianya telah disertai oleh seramai 80 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan Tertinggi dan wakil dari setiap Agensi di bawah MITI. Bengkel ini dikendalikan oleh perunding daripada Institut Integriti Malaysia (IIM). Objektif bengkel adalah untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MITI selaras dengan Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018, Pemantapan Governans, Integriti Dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan. Selain itu, pembangunan OACP juga merupakan keperluan utama untuk mendapatkan pensijilan ISO MS370001:2016 bagi pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS) di MITI. 2. Kursus Keutuhan Diri Kumpulan Pelaksana MITI 2019 Kursus Keutuhan Diri Kumpulan Pelaksana MITI 2019 anjuran Unit Integriti MITI telah berlangsung pada 12 hingga 14 September 2019 di Ipoh, Perak dengan jayanya. Seramai 26 peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana gred 11 – 36 telah menyertai kursus ini. Objektif kursus adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga MITI berkenaan Dasar Anti Rasuah MITI, akta atau undang-undang berkaitan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa, pengurusan tatatertib dan contoh-contoh kesalahan tatatertib yang sering berlaku di kalangan penjawat awam serta agenda pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh kerajaan. 3. Seminar Integriti: Tumbuk Rusuk, Telunjuk Lurus Kelingking Berkait Pada 25 Julai 2019, Unit Integriti MITI telah menganjurkan Seminar Integriti: Tumbuk Rusuk, Telunjuk Lurus Kelingking Berkait di mana pengisiannya adalah perkongsian pengalaman kehidupan sebagai seorang pesalah rasuah oleh En. Firdaus Bin Ramlan, yang juga merupakan bekas penjawat awam iaitu seorang Majistret. Seminar ini telah berlangsung di Dewan Perdana, Menara MITI dan dihadiri oleh kira-kira 120 orang warga MITI dan agensi. Objektif seminar adalah untuk menyampaikan mesej anti rasuah melalui perkongsian sebenar mengenai kisah di sebalik tirai besi dan bahana rasuah ke atas diri sendiri dan keluarga terutama dalam aspek kehidupan harian. Rata-rata peserta memberikan maklumbalas positif dan menyokong agar program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan kerana ianya dapat memberi iktibar dan pengajaran yang baik kepada penjawat awam. 4. Kursus Asas Siasatan Dalaman Pada 3 dan 4 Julai 2019 yang lalu, telah berlangsung Kursus Asas Siasatan Dalaman anjuran Unit Integriti MITI dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bertempat di Bilik Seminar 1, Menara MITI. Seramai 36 peserta yang terdiri daripada pegawai gred 19 - 48 daripada MITI dan agensi telah menyertai kursus ini. Objektif kursus adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga kementerian berkenaan asas siasatan dalaman, panduan melaksanakan siasatan dalaman serta pengetahuan berkenaan kesalahan rasuah dan undang-undang berkaitan. Para peserta yang berjaya menamatkan kursus ini telah dianugerahkan sijil penyertaan oleh pihak MACA. 5. Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) Pada 3 Mei 2019, telah berlangsung Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) anjuran Unit Integriti MITI bertempat di Dewan Perdana, Menara MITI. Seramai kira-kira 100 orang warga MITI dan agensi telah hadir. Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga MITI mengenai pelaksanaan akta berkaitan dan seterusnya menggalakkan dan memudahkan warga MITI untuk mendedahkan kelakuan tidak wajar yang disyaki/dijangka/sedang berlaku di dalam organisasi. 6. Lawatan Bermaklumat MITI dan Agensi ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya Pada 21 Mac 2019, Unit Integriti telah menganjurkan program Lawatan Bermaklumat MITI dan Agensi ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Seramai 36 peserta yang terdiri daripada pegawai MITI dan agensi telah menyertai program ini. Objektif lawatan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada warga kementerian berkenaan fungsi dan peranan SPRM di dalam usaha membanteras gejala rasuah di Malaysia. Program yang berlangsung lebih kurang 2 jam ini telah banyak memberi input mengenai kemudahan dan fasiliti yang terdapat di bangunan SPRM. Peserta turut di bawa melawat ke konti radio MACC.fm, di mana radio ini dikendalikan sendiri oleh SPRM. The National Anti-Corruption Strategy (NACS) was launched by Prime Minister, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim on 7th May 2024. The NACS is an essential part of Malaysia’s reform agenda, providing a detailed plan for fighting corruption. It represents a continuation and enhancement of the National Anti-Corruption Plan (NACP) initiated in 2019. The NACS provides a detailed framework and trajectory for combating corruption across various sectors and levels of governance, aiming to strengthen integrity, transparency, and accountability in Malaysia. (Note: This content is not available in English) Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dalam memastikan penambahbaikan aspek governans, integriti dan antirasuah dapat dilaksanakan bagi mencapai hasrat negara yang bebas rasuah dan berintegriti. Laporan Kemajuan NACP Bagi Tahun 2019 yang telah dibentangkan di Mesyuarat JKKMAR Siri 13 Bil. 3 Tahun 2020 juga telah dimuatnaik di laman web rasmi GIACC untuk pemakluman umum. Laporan ini juga boleh dimuat turun di pautan di bawah. National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019 – 2023 was launched by Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad on 29th January 2019, with extensive strategies being outlined to promote integrity and good governance within the political and public sector administration. The NACP aims to make Malaysia corruption-free by 2023. It contained 115 anti-corruption initiatives covering sectors such as politics; public procurement; law enforcement; public sector administration; legislation and judiciary; as well as corporate governance. The NACP was developed by the GIACC in collaboration with other government agencies to replace the National Integrity Plan. (Note: This content is not available in English) PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) MITI 2020 - 2024 Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MITI 2020 - 2024 dibangunkan selaras dengan Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018, Pemantapan Governans, Integriti Dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan. OACP MITI juga merupakan keperluan utama pensijilan ISO MS37001:2016 bagi pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS), di mana MITI telah dianugerahkan sijil ini pada 8 Julai 2020.
2023
2022
Selain tayangan filem bertemakan integriti dan anti rasuah, Kuiz Integriti juga diadakan untuk menguji tahap pengetahuan warga MITI mengenai pelaksanaan program anti rasuah yang dilaksanakan oleh Unit Integriti MITI dan kerajaan semasa. 2021
2020
2019
National Anti-Corruption Strategy (NACS) 2024 - 2028
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP 2019-2023)
MITI Anti Corruption Policy
MITI Giving and Receiving of Gifts Policy
MITI Whistleblower Protection Policy
Corporate Liability (Section 17A)
National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019 - 2023
Last Updated 2023-11-17 16:59:42 by Fauziah Osman