Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
MITI's Portal
 
 

   Our Services

Pertimbangan AP Persendirian Kepada Rakyat Malaysia Yang Bekerja Atau Belajar Di Luar Negara

A. DASAR SEMASA AP PERSENDIRIAN

Dasar semasa menetapkan bahawa AP Persendirian boleh dipertimbangkan kepada rakyat Malaysia yang bekerja/belajar di luar negara sepenuh masa bagi membantu mereka membawa pulang kenderaan milik sendiri yang digunakan semasa berada di luar negara (personal effect) sahaja.

AP Persendirian bukan merupakan satu insentif/hak bagi semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara , sebaliknya dasar semasa menetapkan bahawa AP Persendirian hanya layak diberikan kepada

  1. rakyat Malaysia yang belajar (sekurang-kurangnya peringkat Diploma) atau bekerja di luar negara sepenuh masa (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand);

  2. pegawai Kerajaan yang belajar (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand) atau bekerja di luar negara;

  3. pasangan yang menemani rakyat Malaysia belajar/bekerja di luar negara (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand; dan

  4. pasangan atau anak kepada pegawai dan kakitangan home-based yang berkhidmat di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

B. SYARAT-SYARAT KELULUSAN AP PERSENDIRIAN

Kelulusan kepada pemohon yang berkelayakan adalah tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat berikut:

  1. pemohon hendaklah berada di luar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun;

  2. kenderaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon di negara pemohon belajar/bekerja bagi tempoh tidak kurang dari 9 bulan (dari tarikh pendaftaran kenderaan sehingga tarikh pemohon pulang ke Malaysia);

  3. kenderaan hendaklah mempunyai perlindungan insurans atas nama pemohon di negara pemohon belajar/bekerja bagi tempoh tidak kurang dari 9 bulan (dari tarikh sah laku insurans kenderaan sehingga tarikh pemohon pulang ke Malaysia);

  4. mempunyai lesen memandu yang sah dari segi undang-undang di negara pemohon belajar/bekerja sepanjang tempoh milikan kenderaan tersebut (lesen memandu percubaan tidak boleh digunapakai);

  5. kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh bekerja atau belajar di luar negara; dan

  6. permohonan dikemukakan dalam tempoh 3 bulan setelah kembali ke Malaysia secara tetap.

C. DOKUMEN-DOKUMEN PERMOHONAN AP PERSENDIRIAN

Bagi mengesahkan pematuhan syarat-syarat kelulusan AP Persendirian yang ditetapkan, pemohon diminta supaya mengemukakan dokumen-dokumen seperti di Senarai Semak Dokumen Permohonan Lesen Import Kenderaan Persendirian (Bekerja/Belajar).

D. PERMOHONAN AP PERSENDIRIAN

Permohonan AP Persendirian hanya boleh dikemukakan terus oleh pemohon sendiri kepada mana-mana pejabat Kementerian ini seperti di Lampiran II. Ini kerana kebanyakan masalah berkaitan permohonan AP Persendirian terutamanya yang melibatkan pemalsuan dokumen/maklumat timbul apabila permohonan dilakukan oleh ejen.

Ingin juga diingatkan bahawa pemalsuan dokumen/maklumat kepada mana-mana badan Kerajaan adalah satu perbuatan yang serius dan menyalahi undang-undang. MITI berhak untuk menolak/membatalkan kelulusan sekiranya terdapat pemalsuan dokumen/maklumat dalam permohonan yang dikemukakan. Pesalah laku boleh disenarai hitam dan dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatan tersebut.

 

LAMPIRAN II

 

SENARAI IBU PEJABAT DAN CAWANGAN MITI DI SELURUH MALAYSIA

 
  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    Menara MITI, No. 7,
    Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
    50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
    Telefon/faks : 603-8000 8000/03-6202 3446

  2. Pejabat MITI Cawangan Pulau Pinang
    8th Floor, Tuanku Syed Putra Building,
    10300 Pulau Pinang.
    Telefon/faks : 604-262 5133/604-262 5131

  3. Pejabat MITI Cawangan Johor
    Level 13, Lot 1-4, Bangunan TH (Tabung Haji),
    Jalan Ayer Molek,
    80000 Johor Bahru
    Telefon/faks : 607-223 5639/607-224 9631

  4. Pejabat MITI Cawangan Kelantan
    Level 3 (Right), Wisma PERKESO,
    Jalan Kota Darul Naim,
    15538 Kota Bharu, Kelantan.
    Telefon/faks : 609-748 3457/609-744 4167

  5. Pejabat MITI Cawangan Perak
    4th Floor, Perak Techno Trade Centre (PTTC),
    Bandar Meru Raya off Jalan Jelapang, P.O Box 210,
    30720 Ipoh, Perak.
    Telefon/faks : 605-527 1990/605-527 2043

  6. Pejabat MITI Cawangan Pahang
    Suite 8, 9 th Floor, Teruntum Complex,
    Jalan Mahkota, P.O. Box 74,
    25000 Kuantan, Pahang.
    Telefon/faks : 609-513 0851/609-513 0873

  7. Pejabat MITI Cawangan Sabah
    3rd Floor, Block D & E, KWSP Building,
    49, Jalan Karamunsing,
    88622 Kota Kinabalu, Sabah.
    Telefon/faks : 6088-239 061/6088-235 645

  8. Pejabat MITI Cawangan Sarawak
    3rd Floor, Bank Negara Malaysia Building
    Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
    Telefon/faks : 082-257 164/082-417 835


Last Updated 2016-12-17 10:49:58 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Email this page