|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MITI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) bagi memperkukuhkan prestasi perdagangan antarabangsa dan domestik di samping memantau perkembangan pembangunan industri di Negeri Pahang. Dalam mesyuarat tersebut, sebanyak 8 kertas cadangan daripada MITI dan Kerajaan Negeri Pahang telah dibincangkan yang merangkumi Dasar Pelaburan Baharu Negara, pembangunan wilayah ekonomi Pahang Barat Plus, sumbangan negeri Pahang dalam rantaian bekalan kenderaan elektrik, peningkatan penyertaan industri tempatan dalam program pembangunan eksport serta pengukuhan industri Halal di Pahang.