|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri secara rasminya telah menyempurnakan majlis simbolik ‘clock in’ di Menara MITI hari ini. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI, diiringi oleh barisan Timbalan Ketua Setiausaha, Pengurusan Tertinggi dan semua warga MITI menyambut kehadiran YB Timbalan Menteri. Usai diumum pelantikan sebagai Timbalan Menteri MITI, beliau terus memulakan tugas mewakili Kementerian ini ke Sidang Kemuncak ASEAN Perniagaan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium.
Semoga dengan khidmat bakti YB, MITI dapat terus komited dalam memperkasa sektor pembuatan dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran global demi menjamin kestabilan dan kemampanan ekonomi.
Selamat meneruskan tugas YB Liew Chin Tong !