|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Hari ini, YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri MITI telah mengadakan perjumpaan dan taklimat bersama pihak pengurusan MIDA untuk memahami dengan lebih mendalam peranan agensi ini dalam memperkasa dasar-dasar yang menyokong perniagaan Malaysia, prasarana progresif dan rantaian bekalan yang utuh agar dapat terus menarik minat pelabur.
Taklimat ini diketuai oleh Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi MIDA, diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wira Arham Abdul Rahman. Turut menyertai perbincangan yang produktif hari ini, Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha MITI (Pelaburan Berkualiti), dan wakil pihak pengurusan Bank Negara.