|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang media sempena lawatan ke UMW Aerospace Sdn Bhd mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah dianugerahkan sebuah kontrak baharu oleh Rolls Royce untuk mengeluarkan selongsong (rear case) bagi enjin pesawat Rolls Royce Trent 1000 dan Trent 7000.
Syarikat ini akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang membangunkan keupayaan pengilangan kimia untuk industri aeroangkasa. Landskap perindustrian Malaysia yang stabil dan kondusif telah menjadi faktor utama dan daya tarikan buat syarikat multinasional terkemuka memilih negara kita sebagai hab rantaian bekalan global mereka. Melalui penjanaan pelaburan ini, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat.
MITI akan terus berusaha untuk memperkukuh ekosistem perindustrian melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan memfasilitasi pelaburan dengan lebih baik berlandaskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).