|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lawatan kerja YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Mercedes Benz Malaysia dan HICOM Automotive Manufacturers (HAM) seterusnya merasmikan pelancaran model kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya yang pertama dipasang di dalam negara (CKD), EQS 500 4MATIC di kilang pengeluarannya di Pekan, Pahang.
Bagi menyokong penghasilan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, MITI akan terus memperkukuhkan ekosistem EV sedia ada secara keseluruhannya termasuk pembangunan bakat tempatan. Sasaran untuk menambah sekurang-kurangnya 4,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) tahun ini serta beberapa insentif yang bakal diumumkan oleh Kerajaan dijangka dapat merancakkan industri automotif negara.