|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lawatan kerja YB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz diakhiri dengan kunjungan ke Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kilang Lynas Malaysia di Gebeng, Pahang telah memulakan operasi selama lebih 10 tahun dengan memproses nadir bumi tunggal terbesar di dunia dan satu-satunya pengeluar skala nadir bumi diasingkan di luar China. Kerajaan mengiktiraf kepentingan produk daripada Lynas terutamanya dalam segmen teknologi maju sebagai contoh dalam penghasilan bateri untuk kenderaan elektrik (EV), motor dan telefon pintar.
MITI dan agensi bersedia berkongsi pandangan dengan syarikat dalam industri nadir bumi seperti Lynas untuk memastikan fasilitasi mesra perniagaan dapat diwujudkan selari dengan keperluan elemen alam sekitar, sosial dan tabdir urus (ESG).