|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha MITI telah merasmikan Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022 & Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDe) anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), agensi di bawah MITI.
MGDA yang telah diperkenalkan sejak tahun 1997 ini mengiktiraf pemain industri reka bentuk negara yang turut membantu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih melalui penghasilan reka bentuk produk yang berkualiti tinggi dan mesra pengguna.
MITI sentiasa memberi sokongan padu kepada MRM untuk terus merangka program-program berimpak tinggi bagi melonjak industri reka bentuk negara dan melahirkan lebih ramai pereka tempatan dengan rekaan bernilai antarabangsa.
Majlis turut dihadiri oleh Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) dan YBhg. Datuk Indera Dr. Ahmad Sabirin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, rakan-rakan media dan para pereka tempatan yang berpotensi serta berbakat.