|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MITI dan Agensi 2023 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Menara MITI hari ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II, Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof dan Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MITI, YB Liew Chin Tong dan Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak serta seluruh pengurusan tertinggi MITI dan Agensi diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan bersama para pemain industri, wakil-wakil dewan perniagaan dan persatuan, wakil-wakil Kedutaan serta pengamal media.
Majlis yang dihadiri hampir 3,000 orang tetamu ini dianjurkan antara lain sebagai tanda terima kasih MITI atas sokongan padu yang telah diberikan selama ini dan semoga hubungan yang terjalin akan terus kekal utuh demi kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, DYMM Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak, DYTM Raja Muda Selangor dan YAM Tunku Besar Seri Menanti.
#MajlisRumahTerbukaAidilfitriMITIdanAgensi2023
#bersamamemacuekonomimalaysia