|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak meraikan para pesara dan warga kerja cemerlang MITI hari ini sempena Majlis Sekalung Budi dan APC 2022.
Seluruh warga MITI mengucapkan sekalung budi dan selamat bersara kepada 17 orang warga MITI atas khidmat bakti kepada perkhidmatan awam selama ini.
Berdayung sampan ke Pulau Tanjung,
Singgah sebentar di Pulau Bentan,
Budi dikenang, bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada 64 orang penerima APC 2022 MITI dan 8 orang penerima APC 2022 dari Jabatan Standards Malaysia. Semoga pengiktirafan ini memberi motivasi untuk terus berkhidmat dengan penuh komited dan dedikasi serta berintegriti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Syabas semua!