|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian MITI Day 2023 yang berlangsung di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Pulau Pinang.
Majlis Perasmian MITI Day 2023 turut dihadiri oleh YB Dato' Mohd Sayuthi Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pelaburan) MITI serta pengurusan tertinggi MITI dan agensi.
Pada majlis tersebut turut diadakan Majlis Penyerahan Rakan Strategik Academy in Industry (AiI), Penyerahan Sijil Productivity Champion, Majlis Pelancaran "Industry Led Professional Certificate Programme" (IPC) dan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada Syarikat Pempamer Eksplorasi Kerjaya.
MITI mengucapkan jutaan penghargaan kepada tetamu jemputan dan warga sekitar Pulau Pinang yang turut sama memeriahkan Majlis Perasmian MITI Day 2023 pada kali ini. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti dan memberi kefahaman mengenai fungsi MITI dan agensi demi memperkasakan industri dan memajukan ekonomi negara serta masyarakat setempat.
#MITIDAY2023
#PerkasaIndustriMajuEkonomi
#kasigegarmitiday23