|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Meriah dan penuh semangat!
MITI berbangga dan teruja dapat menjadi sebahagian dari kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa, tanpa mengira usia turut membanjiri Dataran Putrajaya, meraikan hari kebangsaan bersama, membuktikan semangat perpaduan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Tahun ini, MITI membawakan kenderaan EV sebagai simbolik transformasi dan perkembangan ekonomi Malaysia yang mampan. Pembangunan ekosistem industri automotif ini adalah bertetapan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang akan dilancarkan esok.
MITI dan Agensi akan terus komited memacu ekonomi negara demi kesejahteraan bersama.