|
|
| | | ||||
|
|
|
|
|
26hb September, 2023 - Warga MITI berkesempatan mendengar amanat YBhg. Datuk Seri Isham Ishak sempena hari terakhir perkhidmatan beliau bersama MITI dalam satu Sesi Townhall di Dewan Perdana, MITI.
Antara intipati amanat Datuk Seri kepada warga MITI adalah supaya meneruskan usaha-usaha dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan bagi mencapai matlamat utama MITI demi memacu kecemerlangan dan memperkasakan ekonomi negara. Beliau juga menegaskan bahawa penjawat awam hendaklah sentiasa akur dengan arahan dan melaksanakan tugasan dengan penuh amanah dan berintegriti.
Warga MITI juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri di atas kepimpinan dan tunjuk ajar selama menerajui MITI.
Di samping itu, majlis ini juga menyaksikan sesi Serah Nota Tugas daripada mantan KSU kepada YBrs Encik Hairil Yahri Yaacob selaku Ketua Setiausaha MITI yang baru.
Sekalung penghargaan dititipkan kepada Datuk Seri Isham Ishak atas dedikasi dan prestasi yang cemerlang. Semoga terus maju jaya di Kementerian Pertahanan Malaysia.