|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bengkel Asas Penggunaan SISPAA Beri Pemahaman Kepada Penyelaras Aduan Unit/Bahagian/Agensi MITI Untuk Mengurus Maklum Balas Pelanggan
KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2023 – Unit Komunikasi Strategik (UKS) MITI dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) MITI dan Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menganjurkan Bengkel Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dengan kehadiran seramai 40 orang Penyelaras Aduan Unit / Bahagian / Agensi.
Bengkel selama 2 hari ini dianjurkan dengan objektif untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada semua Penyelaras Aduan mengenai tatacara penggunaan SISPAA dalam menyelesaikan sebarang maklum balas yang diterima – samada aduan, cadangan, penghargaan atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan di bawah MITI.
Buat masa ini, maklum balas pelanggan diterima daripada portal rasmi MITI melalui webmiti@miti.gov.my namun dengan pengaktifan SISPAA MITI ini nanti, pengurusan maklum balas pelanggan bakal beralih kepada suatu sistem yang lebih sistematik, bersepadu dan interaktif di bawah seliaan BPA.
MITI akan turut menjadi menyertai 23 buah Kementerian dan Agensi Kerajaan yang telah menggunapakai SISPAA dalam pengurusan maklum balas pelanggan apabila bakal diaktifkan tidak lama lagi setelah proses konfigurasi selesai dilaksanakan tidak lama lagi.
Semoga kerjasama erat di antara pihak MITI dan BPA dalam mengurus maklum balas pelanggan melalui SISPAA serta usaha MITI untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan dapat diteruskan di masa akan datang dalam memastikan maklum balas pelanggan diuruskan dengan cekap dan berkesan.