|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 - KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI (MITI) telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin MITI dan Agensi sebagai usaha solidariti terhadap rakyat Palestin.
Seluruh warga MITI dan Agensi amat berdukacita dan bersimpati dengan keadaan saudara-mara kita di sana. Semoga dengan bantuan yang akan disalurkan secara terus ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Palestin bangkit semula memperjuangkan tanah air mereka.
Acara pelancaran turut dihadiri oleh Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, TImbalan Menteri MITI, YB Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha, Dato' Hairil Yahri Yaacob dan Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha MITI, Ketua-ketua Agensi, Pengurusan Tertinggi dan warga MITI serta Agensi.
Ayuh Malaysia, bersama kita menyokong prinsip keamanan sejagat, menentang normalisasi keganasan, penindasan dan kekejaman serta sentiasa memanifestasikan semangat cintakan kedamaian.