|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
23 November 2023, Melaka - MITI dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) bagi memperkukuhkan prestasi perdagangan antarabangsa dan domestik di samping memantau perkembangan pembangunan industri di Negeri Melaka.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri MITI dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan & Pengurusan), YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, dan pegawai-pegawai kanan MITI serta Ketua-ketua Agensi MITI. Kerajaan Negeri Melaka diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan pegawai-pegawai kanan, Ketua-ketua Agensi Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai daerah.
MITI bersama Agensi sentiasa proaktif menerajui usaha, memastikan dasar-dasar dan inisiatif Kerajaan diselaraskan di peringkat negeri dalam memperkasakan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur baharu yang berkualiti dan berimpak tinggi selain meningkatkan daya saing industri tempatan.