|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 8 November 2023 – Pada hari ini, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin MITI & Agensi yang disempurnakan oleh YBhg. Dato. Hairil Yahri Yaacob, Ketua Setiausaha MITI.
Majlis ini adalah sorotan daripada Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin MITI & Agensi yang telah dilancarkan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 27 Oktober 2023 yang lalu.
Secara keseluruhannya, Tabung Kemanusiaan Palestin MITI & Agensi telah menerima sejumlah RM220,480.40 hasil sumbangan warga kerja MITI dan Agensi badan-badan kebajikan Agensi-agensi MITI, serta turut menerima sumbangan daripada Kelab MITI dan PUSPANITA Cawangan MITI.
Majlis Penyampaian Sumbangan telah dihadiri oleh Pihak Pengurusan Atasan MITI dan Agensi dan dianjurkan dengan doa dan harapan agar sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan dugaan dan penderitaan rakyat Palestin pada masa kini.
Solidariti untuk seluruh rakyat Palestin!