|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
5 Disember 2023, Kuala Lumpur - Pada hari ini, YBrs. Puan Mastura Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha MITI (Perdagangan) telah menyempurnakan acara penyampaian biasiswa Panasonic kepada lima orang pelajar yang terpilih dalam Majlis "2023 Panasonic Scholarship Asia Local Award Ceremony" di MITI.
Inisiatif ini telah diwujudkan oleh Panasonic Malaysia sejak tahun 1998 dan telah memanfaatkan 47 orang pelajar untuk pengajian di peringkat sarjana di Jepun dan 40 orang pelajar untuk pengajian di peringkat ijazah di Malaysia sejak tahun 2014.
MITI sentiasa komited dalam memastikan usaha sebegini dapat diteruskan demi melahirkan lebih banyak graduan berkualiti yang bakal memangkin pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang.