|
| | ||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
6 Disember 2023, KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkongsi kad laporan 2023 MITI mengenai pencapaian sepanjang tahun ini dan hala tuju Kementerian bagi tahun 2024 bersama-sama rakan-rakan media dalam satu sesi bersama media di Menara MITI hari ini.
Sepanjang sesi tersebut YB Menteri MITI berbesar hati berkongsi mengenai prestasi perdagangan dan pelaburan negara bagi tahun 2023 serta transformasi bagi sektor perindustrian sejak Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dilancarkan pada 1 September 2023 yang lalu.
Selain memperincikan mengenai pencapaian-pencapaian tahun 2023, YB Tengku Zafrul juga menjelaskan mengenai hala tuju dan keutamaan Kementerian bagi tahun 2024. Sesi yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MITI, YB Liew Chin Tong serta barisan pengurusan tertinggi MITI ini menjelaskan mengenai fokus MITI tahun hadapan bagi ketiga-tiga sektor pelaburan, perdagangan dan industri adalah berpaksikan kepada NIMP 2030 dan pemantauan terhadap kesemua pelan tindakan bagi memastikan Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk melonjakkan lagi ekonomi negara.
MITI mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang hadir pada hari ini dan berharap agar sokongan padu sebegini dapat diteruskan dalam usaha MITI menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat dan peningkatan ekonomi negara.