MITI Day 2024: Merakyatkan Ekonomi, Mencipta Peluang
MITI Day hari ini ialah jambatan yang menghubungkan rakyat, usahawan, dan masa depan ekonomi negara. Setiap langkah, setiap senyuman, dan setiap peluang yang tercipta di sini mencerminkan komitmen MITI untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berdaya saing.
Terima kasih kepada semua syarikat, agensi, serta rakan penaja yang telah bersama-sama menjayakan acara ini. Kejayaan MITI Day 2024 ini adalah hasil sokongan anda, menjadikannya sebuah platform yang memperkasa rakyat dengan maklumat, peluang kerjaya, serta jaringan perniagaan.
Semoga inisiatif ini menjadi pencetus kepada lebih banyak kolaborasi dan pencapaian yang membanggakan pada masa hadapan. Bersama, kita bergerak maju ke arah ekonomi yang lebih mampan dan progresif untuk Malaysia!
#MITIDAY2024
#PemacuPotensiGlobal
Last Updated 2024-09-13 15:17:19 by Zul Aizat Tarmizi