Kerajaan Malaysia telah memulakan penyiasatan kes anti-lambakan pada 10 April 2013 berikutan satu petisyen yang dikemukakan oleh Southern PC Sdn. Bhd. yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk 7 Wayar Pre-Stressed Concrete Strand (7 wayar PC Strand). Pempetisyen mendakwa pengimportan 7 wayar PC Strand yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara tersebut. Pempetisyen mendakwa ini telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.
Kerajaan telah menjalankan penyiasatan secara menyeluruh terhadap pengeluar dan pengimport di Malaysia dan pengeluar/pengeksport di Republik Rakyat China yang telah bekerjasama dalam penyiasatan dan kerajaan kini telah memuktamadkan penentuan akhir penyiasatan.
Skop produk dalam siasatan adalah stranded wire yang mempunyai 7 wayar PC Strand dan, dengan spesifiknya mengecualikan Polyethylene Grease Coated PC Strand, Galvanised Steel Wire, Galvanised PC Strand, Indented PC Strand, PC Strand with Spiral Ribs, ropes and cables yang diklasifikasikan di bawah Malaysian Harmonised System Code (H.S. Code) 7312.10.000 dan ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 7312.10.9100.
Kadar duti anti-lambakan bagi pengimportan 7 wayar PC Strand dari Republik Rakyat China adalah seperti berikut:
Chongqing Longtai Rare Earth & New Materials Co., Ltd. |
5.93% |
Hunan Xianghui Metal Products Co., Ltd. |
7.47% |
Silvery Dragon Pre-stressed Materials Co., Ltd. |
8.71% |
Lain-lain |
8.71% |
Kastam Diraja Malaysia akan menguatkuasakan pungutan duti anti-lambakan tidak melebihi tempoh lima tahun berkuatkuasa dari 5 Januari 2014.
Dengan pengenaan duti anti-lambakan bagi produk 7 wayar PC Strand ke atas negara Republik Rakyat China, isu lambakan dari negara tersebut dijangka dapat diatasi.
Pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan-persatuan berkaitan dengan penyiasatan) boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit penentuan muktamad dengan membuat permohonan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di alamat:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Tingkat 14, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Nombor Telefon : (603) 6200 0119/0124
Nombor Faksimili : (603) 6203 1745
E-mel : alltps@miti.gov.my
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
4 Januari 2014
Last Updated 2015-05-14 12:00:18 by admin2