KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Lebihan dagangan Malaysia pada 2014 mencatatkan pertumbuhan dua angka pada 16.6 peratus, satu pencapaian membanggakan berbanding dengan senario negatif pada 2012 dan 2013, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Pemangkin pertumbuhan eksport menyebabkan lebihan dagangan sebanyak RM83.11 bilion, mewakili pencapaian lebihan dagangan Malaysia dalam 17 tahun berturut-turut," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran "Prestasi Perdagangan Malaysia 2014", di sini hari ini.
Beliau berkata eksport pada 2014 naik 6.4 peratus atau RM46.14 bilion kepada RM766.13 bilion, melepasi unjuran pertumbuhan eksport sebanyak enam peratus dalam Laporan Ekonomi 2014/2015.
Mustapa berkata import negara meningkat 5.3 peratus atau RM34.32 bilion kepada RM683.02 bilion.
Jumlah dagangan Malaysia berkembang 5.9 peratus, mencapai RM1.45 trilion pada 2014 berbanding dengan RM1.37 trilion pada 2013.
Beliau berkata trend meningkat berterusan ini disokong oleh pertumbuhan eksport yang lebih kukuh daripada dijangka.
Rakan dagang utama, kata beliau, yang menyumbang kepada pertumbuhan dalam perdagangan ialah negara-negara Asean, yang berkembang sebanyak RM14.54 bilion atau 3.9 peratus.
Ini diikuti dengan Kesatuan Eropah (+ RM8.35 bilion atau 6.2 peratus), Amerika Syarikat (+ RM8.01 bilion atau 7.4 peratus) dan Australia (+RM7.48 bilion atau 16.4 peratus).
Peningkatan lain ialah Hong Kong (RM6.05 bilion atau 14.5 peratus), Taiwan (RM5.94 bilion atau 11.2 peratus) dan diikuti dengan China (RM4.54 bilion atau 2.2 peratus).
"Peningkatan eksport didorong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk produk pembuatan, terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan permintaan kukuh bagi komoditi," kata Mustapa.
Beliau berkata dengan pengecualian komoditi eksport seperti minyak sawit dan getah, eksport lain ke China terus kekal.
"Eksport yang lebih tinggi dicatatkan bagi barangan E&E (+RM2.81 bilion), produk petroleum (+RM685.2 juta), kelengkapan pengangkutan (+RM242.6 juta) serta peralatan optik dan saintifik (+RM299.5 juta).
"Terdapat juga permintaan lebih besar dalam pasaran baru muncul seperti di negara-negara Afrika, Asia Tengah dan Asia Selatan," kata Mustapa.
Beliau berkata terdapat 16 pasaran yang mencatatkan kenaikan eksport lebih RM1 bilion.
Negara-negara itu ialah Singapura, Amerika Syarikat, India, Hong Kong, Australia, Jepun, Taiwan, Belanda, Filipina, Korea, Kenya, Jerman, Norway, Mexico, United Kingdom dan Vietnam.
Negara-negara ini menyumbang 64.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.
Sebaliknya, perdagangan dengan negara-negara Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus kepada RM906.6 bilion, dengan eksport berkembang 4.7 peratus kepada RM491.35 bilion dan import meningkat 2.9 peratus kepada RM415.25 bilion.
-- BERNAMA

Last Updated 2015-05-14 12:00:22 by admin2