Panduan Mengisi Maklumat Perolehan Barangan Import

Kementerian\Jabatan\Agensi dan Syarikat berkaitan kerajaan diminta mengemukakan permohonan Perolehan Barangan Import dengan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web MITI.

Sila e-mailkan borang yang lengkap diisi ke alamat emel perolehan@miti.gov.my dengan menggunakan e-mail Kementerian\Jabatan\Agensi\Syarikat berkaitan kerajaan serta e-mail pengirim masing-masing.

  1. Pastikan tiada baris (row) kosong atau maklumat lain antara rekod yang pertama, kedua dan seterusnya.Jika rekod pertama ditaip di baris (row) 1, pastikan rekod yang kedua ditaip di baris (row) 2 dan seterusnya.

  2. Jika maklumat untuk lajur (column) tersebut panjang, pastikan sambungannya ditaip terus dan tidak ditaip di baris ke 2. (anda hanya perlu besarkan saiz lajur tersebut sahaja).

  3. Maklumat yang sama juga perlu diisikan dan bukannya ditaip sebagai simbol " pada rekod kedua dan seterusnya.

  4. Spesifikasi hendaklah diringkaskan tanpa sebarang huraian.

  5. Contoh gambar barangan dihantar sebagai lampiran melalui e-mail ke MITI.

  6. Format tarikh adalah seperti berikut: dd-mm-yyyy.

  7. Sila hantar permohonan anda ke email : perolehan@miti.gov.my

  8. Kelulusan \ Penolakan akan diberitahu melalui e-mail. Sila pastikan ruangan e-mail diisi dengan tepat.

  9. Kementerian\Jabatan\Agensi\Syarikat berkaitan kerajaan hendaklah mengemukakan 'Lampiran A' (asal) ke MITI untuk tujuan endorsement selepas kelulusan.