Panduan mengisi Maklumat Import dan Jualan Kenderaan
- Pastikan tiada baris (row) kosong atau maklumat lain antara rekod AP yang pertama, kedua dan seterusnya. Jika rekod AP pertama ditaip di baris (row) 1, pastikan rekod AP yang kedua ditaip di baris (row) 2 dan seterusnya.
- AP No/Import Licences No : Jangan masukkan simbol / atau - (contoh : Q0301/0104/1206-KC perlu ditaip sebagai Q030101041206KC).
- Jika maklumat untuk lajur (column) tersebut panjang, pastikan sambungannya ditaip terus dan tidak ditaip di baris ke 2 (anda hanya perlu besarkan saiz lajur tersebut).
- Maklumat ROC pada setiap rekod AP perlu ditaip penuh dan bukannya ditaip sebagai simbol " pada rekod kedua dan seterusnya.
- Maklumat Import Date dan Sales Date , harap mengikut format yang disediakan iaitu dd-mm-yyyy .
Syarikat diminta mengemukakan maklumat Import dan Jualan Kenderaan pada atau sebelum 10 hb setiap bulan dengan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web MITI. Sila emelkan borang yang lengkap diisi ke alamat emel bpp@miti.gov.my dengan menggunakan emel syarikat masing-masing
Last Updated 2015-05-14 11:58:43 by admin2