Pengesahan Untuk Analisis Kos
PENGENALAN
- Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat permohonan dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh pengeksport yang memohon untuk pengesahan produk yang berkelayakan mengikut skim GSP, CEPT, MJEPA, MPCEPA, ACFTA, dan AKFTA..
SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN
-
Syarikat mestilah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
-
Produk yang berkelayakan
- Produk untuk dieksport adalah terkandung di dalam senarai produk yang mengikut Negara pengimport berdasarkan skim masing-masing.
- Produk yang dieksport mesti memenuhi syarat 'Rules of Origin' mengikut skim masing-masing.
-
- Borang BAK 1(a): Maklumat Pengeksport/Pengilang dan Produk
- Borang BAK 1(b): Analisis Kos Produk
- Borang BAK 1(c): 'Letter of Indemnity'
- Sesalin dokumen-dokumen berikut :
- Sijil Pendaftaran Syarikat.
- Invois pembelian bahan mentah.
- Sampel/gambar/katalog produk.
- Carta aliran kerja pemprosesan.
- Laman Portal MITI
- Kaunter Perkhidmatan (Aras Bawah), Ibu Pejabat MITI Kuala Lumpur.
- Pejabat Cawangan MITI di seluruh negara.
KUASA MELULUS
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
ALIRAN KERJA
- Terima permohonan .
- Semak kesahihan dokumen yang dikemukakan.Tentukan produk yang tersenarai di dalam senarai negara-negara pengimport mengikut skim masing-masing.
- Mengenalpasti analisis kos produk untuk menentukan pematuhan bahan tempatan yang digunakan.
- Meluluskan/menolak permohonan .
- Memaklumkan keputusan kepada pemohon.
PIAGAM PELANGGAN
Surat makluman akan dihantar kepada pemohon/syarikat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja bermula dari tarikh borang permohonan yang lengkap.
Kelulusan Sijil Tempasal Berkeutamaan (Borang A/ Borang D/ Borang E/ Borang MJEPA/ Borang MPCEPA/ Borang AK)
PENGENALAN- Tujuan garis panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat permohonan dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh pengeksport yang memohon untuk pengesahan produk yang berkelayakan mengikut skim GSP, CEPT, MJEPA, MPCEPA, ACFTA, dan AKFTA masing-masing .
- Syarikat yang berkelayakan untuk memohon Sijil Tempasal Berkeutamaan perlu mendapatkan kelulusan daripada MITI berkaitan produk yang memenuhi syarat mengikut skim masing-masing.
-
Tatacara permohonan
- Setiap borang mesti diisi lengkap untuk setiap 'consignment of export'..
- Borang yang lengkap mesti dikemukan dengan:
- Surat kelulusan MITI.
- Sales Invoice (nilai yang sama seperti di Borang D).
- Borang Akuan Kastam (Borang K2).
Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)
Wisma FMM
No. 3, Persiaran Dagang
PJU 9, Bandar Sri Damansara
52200, Kuala Lumpur
Tel.: 03-6276 1211
Faks: 03-6341 1266
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Seksyen Kerjasama Perdagangan dan Penyelarasan Industri
Aras Bawah, (Kauanter Perkhidmatan), Blok 10
Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
Tel.: 03-6203 3022
Fax: 03-6201 3351
atau
Pejabat Cawangan MITI di seluruh negara.
KUASA MELULUS
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
PROSES KERJA
- Terima permohonan.
- Semak kesahihan dokumen yang dikemukakan. tentukan produk yang tersenarai di dalam senarai negara-negara pengimport mengikut skim masing-masing.
- Mengenalpasti butir-butir produk, kod HS/AHTN, nilai FOB dan destinasi eksport.
- Meluluskan/menolak permohonan .
PIAGAM PELANGGAN
Surat makluman akan dihantar kepada pemohon/syarikat dalam tempoh tujuh (2) hari bekerja bermula dari tarikh borang permohonan yang lengkap.
Last Updated 2015-05-14 12:00:41 by admin2