Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Sasar 5,000 Pelanggan Sebulan, 8 Mac 2010

 image

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menyasarkan sehingga 5,000 pelanggan, khususnya di kalangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan pejabat di rumah (Soho) melanggan pakej perkhidmatan barunya, ‘Office in a Box’ dalam sebulan. Naib Presiden Eksekutif TM SME, Shanti Jusnita Johari, berkata pakej itu menyediakan kemudahan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) yang menarik untuk menjalankan perniagaan dengan mudah tanpa membabitkan kos tinggi.

“Pakej Office in a Box adalah penyelesaian yang memberi nilai kepada wang dan mampu memenuhi semua keperluan perniagaan, baik syarikat yang sedang berkembang atau syarikat yang sudah kukuh. 
“Dengan menumpukan kepada penawaran perkhidmatan yang bernilai tambah dan dipertingkatkan untuk komuniti PKS, pengenalan pakej baru ini membolehkan kami menawarkan gabungan perkhidmatan ICT diperlukan perniagaan baru dan yasedang membangun bagi bersaing dalam ekonomi digital masa kini,” katanya selepas pelancaran ‘Office in a Box’ yang disempurnakan Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim, di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

image

‘Office in a Box’ adalah kombo jalur lebar dan telefoni terkini dari TM SME menawarkan penyelesaian komunikasi lengkap dan mudah bagi PKS atau usahawan Soho yang ingin memulakan perniagaan, meningkatkan keupayaan atau mengembangkan perniagaan dengan kaedah mudah dan mampu milik.

Ia menawarkan kadar panggilan menarik, akses tanpa had untuk perkhidmatan jalur lebar perniagaan dan perkhidmatan nilai tambahan yang lain serta modem tanpa wayar dan telefon tanpa wayar percuma. 
Bergantung kepada gabungan produk dipilih, ‘Office in a Box’ merangkumi sambungan jalur lebar Business Broadband TM, TM Businessline, Perkhidmatan Voice over Broadband TM atau BBphone, akaun Streamyx Zone, telefon tanpa wayar dan penyimpanan dalam talian.

Shanti berkata, daripada hanya RM198, pelanggan menerima pakej menarik termasuk perkhidmatan Business Broadband berkelajuan 1Mbps, modem tanpa wayar percuma dengan jaminan tempoh langganan, RM88 nilai panggilan, pengecualian atas sewa bulanan perkhidmatan TM Businessline, telefon tanpa wayar percuma dan satu akaun Streamyx Zone.


Last Updated 2015-05-14 12:00:48 by admin2

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia
ISMS