Kerajaan telah membuat keputusan untuk mengenakan larangan pengimportan sisa plastik (Kod HS39.15) berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2007.

  1. Larangan ini meliputi:
    • all waste, parings and scraps of plastics di bawah Kod HS 39.15 diletakkan di bawah Jadual 1, Bahagian 1 (Larangan Mengenai Import) Perintah 1998, Akta Kastam 1967; dan 
    • larangan import ini akan berkuatkusa selama 5 tahun dan akan dikaji semula selepas tempoh tersebut.
  2. Keputusan untuk melarang import sisa plastik ini dibuat berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:
    • pengimportan sisa plastik yang tidak bersih dan dicemari sisa kimia bagi tujuan pemprosesan mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar disebabkan oleh bahan tercemar yang tidak diingini seperti sisa racun perosak serta tanah dan patogen-patogen yang merbahaya; dan
    • tidak ada pendekatan yang berkesan untuk memantau atau memastikan hanya sisa plastik yang tidak tercemar diimport ke dalam negara. 
  3. Larangan pengimportan ini adalah dibenarkan di bawah GATT Article XX, WTO kerana dilaksanakan tanpa diskriminasi (non-discriminatory basis) dan merupakan langkah yang dibenarkan atas sebab-sebab kesihatan dan alam sekitar. 
  4. Larangan ini tidak akan memberi kesan ke atas import bagi recycled/crushed plastic pellets, obsolete stocks, production over-runs and other plastic products yang bersih dan diklasifikasikan di bawah kod tariff HS39.01 – 39.14. Import bagi produk-produk berkenaan bagi tujuan untuk dikitar semula masih dibenarkan.
  5. Pada masa ini, syarikat-syarikat yang diberikan Lesen Pengilang (ML) atau insentif bagi mengitar semula sisa plastik tidak dibenarkan untuk mengimport sisa plastik untuk dikitar semula, tetapi perlu mengitar semula sisa plastik tempatan.
  6. Pada tahun 2006, import sisa plastik di bawah kod tariff 39.15 adalah sebanyak RM104 juta diperolehi terutamanya dari Thailand, Korea, Jepun dan Australia. Eksport sisa plastik adalah berjumlah RM188 juta pada tahun lalu.