(AD 01/04)
Menurut peraturan 35 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 [P.U. (A) 233/1994], NOTIS diberikan bahawa duti antilambakan yang dikenakan ke atas import maleic anhydride (“dagangan subjek”) yang berasal atau dieksport dari Chinese Taipei, Republik Indonesia dan Republik Korea di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2005 [P.U. (A) 23/2005] akan habis tempohnya pada 3 Februari 2010 dan pihak berkepentingan diminta supaya mengemukakan pandangan mereka mengenai penamatan pengenaan duti yang akan berlaku itu.
Dagangan subjek
2. Dagangan subjek ialah maleic anhydride yang dikelaskan di bawah Nombor Kod Sistem yang Diharmonikan (Kod H.S.) 2917.14 000 dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 2917.14.00. Nombor Kod H.S. dan AHTN ini diberikan hanya untuk makluman tetapi tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Duti anti-lambakan
3. (1) Di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2005, dagangan subjek adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan dari 4 Februari 2005 hingga 3 Februari 2010. (2) Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan adalah seperti yang berikut:
- berhubung dengan import dagangan subjek dari Chinese Taipei, antara 3.45% hingga 18.17% daripada harga eksport;
- berhubung dengan import dagangan subjek dari Republik Indonesia, 19.14% daripada harga eksport; dan
-
berhubung dengan import dagangan subjek dari Republik Korea, 26.34% daripada harga eksport.
Pandangan daripada pihak berkepentingan
4. (1) Pihak berkepentingan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan diminta mengemukakan pandangan mereka secara bertulis.
(2) Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengambil kira isu-isu yang berikut:
-
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
-
sama ada kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan.
Had masa
5. Pihak berkepentingan hendaklah mengemukakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklumat yang dikehendaki tidak lewat daripada 30 September 2009. Pengemukaan pandangan itu hendaklah dialamatkan kepada :
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)Pengarah Amalan Perdagangann
Last Updated 2015-05-14 12:00:49 by admin2