TUJUAN 

  • Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan-peraturan dan tatacara-tatacara permohonan menggunakan barangan import yang perlu diikuti oleh semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan (termasuk anak-anak syarikat).
  • Pematuhan kepada peraturan dan tatacara permohonan menggunakan barangan import akan memudahkan Kementerian ini memproses permohonan dan seterusnya membuat keputusan.

LATARBELAKANG 

  • Strategi Belanjawan Negara sentiasa menekankan penggunaan barang-barang dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan diutamakan dan dipertingkatkan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan industri tempatan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam pertumbuhan ekonomi negara.
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/2002 telah dikeluarkan untuk menjelaskan dasar dan peraturan perolehan Kerajaan yang perlu dilaksanakan, khususnya bagi perolehan yang melibatkan barangan dan perkhidmatan yang diimport. Berdasarkan Surat Pekeliling ini, semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diperolehi dari pengeluar tempatan. Agensi hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa bekalan dan perkhidmatan yang diperlukan dikeluarkan dalam negara. Setelah dipastikan sumber tempatan tidak diperolehi, permohonan pengecualian bagi bekalan hendaklah diperolehi daripada MITI.

CARA-CARA MEMOHON 

  • Pemohon hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada:

Ketua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Bahagian Perkhidmatan Perdagangan
Blok 10, Kompleks Kerajaan,
Jalan Duta,
50622 Kuala Lumpur
Untuk perhatian:
Encik Shukrie Mohamed Daud

Tel: 03-62000347
Fax: 03-62013012


  • Mengisi Borang Permohonan seperti di Lampiran A. Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon.
    • Barangan yang hendak dipohon kelulusan pengimportan hendaklah dipastikan tidak dibuat/dipasang oleh syarikat tempatan. Pemohon boleh menyemak dengan direktori yang dikeluarkan oleh MIDA (Malaysian Industrial Development Authority), MATRADE (Malaysian External Trade Development Corporation) dan FMM (Federation of Malaysian Manufacturers).
    • Barangan yang mempunyai nama saintifik atau teknikal hendaklah dijelaskan juga dengan nama yang senang difahami.


    • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar/katalog barangan yang dipohon.