RANGKA KERJA PERJANJIAN PERKHIDMATAN ASEAN
-
LATARBELAKANG
-
Liberalisasi Perkhidmatan dalam ASEAN telah dilaksanakan secara progresif di bawah Rangkakerja Perjanjian Perkhidmatan ASEAN ( ASEAN Framework Agreement on Services – AFAS) semenjak tahun 1995. AFAS telah ditandatangani oleh Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ( ASEAN Economic Ministers-AEM ) dengan objektif untuk:
-
Meningkatkan kerjasama dalam sektor perkhidmatan di kalangan negara ahli ASEAN dalam usaha untuk memperbaiki keberkesanan dan daya-saing, memperkembangkan kapasiti pengeluaran, dan membekalkan dan mengagihkan perkhidmatan di dalam dan luar ASEAN;
-
Menghapuskan had/batasan yang banyak dalam perdagangan perkhidmatan di kalangan Negara Ahli; dan
-
Meliberalisasikan perdagangan perkhidmatan dengan memperluaskan dan mendalamkan skop liberalisasi yang berada di bawah tanggungjawab negara-negara ahli ASEAN di bawah GATS dengan matlamat untuk merealisasikan kawasan perdagangan bebas dalam sektor perkhidmatan.
-
AFAS menyediakan garis panduan yang luas untuk Negara-negara Ahli ASEAN bagi meningkatkan Akses Pasaran dan untuk memastikan Layanan Nasional yang sama rata untuk pembekal perkhidmatan di kalangan Negara-negara ASEAN dalam 4 kaedah bekalan perkhidmatan. Iaitu:
-
Kaedah 1 (bekalan Merentasi-Sempadan/ Cross-Border Supply ): laluan perkhidmatan daripada 1 wilayah Negara Ahli ke dalam wilayah 1 Negara Ahli lain (contoh. Perkhidmatan perbankan atau senibina yang dipindahkan melalui telekomunikasi atau surat);
-
Kaedah 2 (Penggunaan Luar Negara/ Consumption Abroad ): merujuk kepada situasi di mana pengguna perkhidmatan (contoh. Pelancong atau pesakit) berpindah ke wilayah Negara Ahli yang lain untuk mendapatkan perkhidmatan;
-
Kaedah 3 (Kehadiran Komersial/ Commercial Presence ): menjelaskan bahawa pembekal perkhidmatan sesebuah Negara Ahli mewujudkan kehadiran wilayah, termasuklah melalui pemilikan hak atau kontrak penggunaan premis, di dalam wilayah Negara Ahli yang lain untuk menyediakan perkhidmatan (contoh. Anak syarikat domestik sesebuah syarikat insurans atau rangkaian hotel);
-
Kaedah 4 (Pergerakan ‘ Natural Persons' / Movement of Natural Persons ): melibatkan individu sesebuah negara ahli untuk memasuki wilayah Negara Ahli yang lain untuk membekalkan sesuatu perkhidmatan (contoh. Akauntan, doktor atau guru).
-
-
STATUS LIBERALISASI PERKHIDMATAN
-
Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (The ASEAN Economic Ministers-AEM) bersetuju bahawa tahun 2015 adalah tahun akhir untuk proses liberalisasi semua sektor perkhidmatan dengan KEANJALAN/FLEKSIBILITI ( FLEXIBILITIES ). Liberalisasi ini adalah berdasarkan kepada 128 sektor dan sub-sektor yang dikenalpasti dalam Senarai Universal ASEAN ( ASEAN Universal List ) yang tertakluk kepada Dokumen 120 WTO ( WTO 120 Document ).
-
Dengan potensi yang ada untuk memperluaskan perdagangan perkhidmatan intra-ASEAN, Negara-negara Ahli ASEAN telah bersetuju untuk menggariskan satu plan konkrit untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan di dalam ASEAN dari tahun 2007 hingga tahun 2015 dalam memperlengkapkan sektor barangan. ASEAN telah bersetuju kepada liberalisasi ekuiti tertentu iaitu:
-
Menghapuskan peraturan-peraturan yang mengehadkan dan halangan-halangan untuk Bekalan Merentasi-Sempadan ( Cross-Border Supply -) (Kaedah 1) dan Penggunaan Luar Negara ( Consumption Abroad ) (Kaedah 2);
-
Meningkatkan pengelibatan ekuiti luar (ASEAN) di bawah Kehadiran Komersial ( Commercial Presence ) (Kaedah 3):
-
Sektor-sektor utama (e-ASEAN, penjagaan kesihatan, perjalanan udara dan pelancongan):
-
49 peratus menjelang 2006;
-
51 peratus menjelang 2008;
-
70 peratus menjelang 2010.
-
* Sektor Logistik:
49 peratus menjelang 2008; -
-
51 peratus menjelang 2010;
-
70 peratus menjelang 2013.
-
30 peratus menjelang 2006;
-
49 peratus menjelang 2008;
-
51 peratus menjelang 2010;
-
70 peratus menjelang 2015.
* Sektor bukan-utama:
* Perkhidmatan pembinaan : tidak lebih daripada 51 peratus menjelang 2006.
-
Meningkatkan tawaran untuk Pergerakan Natural Persons / Movement of Natural Persons .
-
Berikutan dengan proses menandatangani AFAS pada tahun 1995, ASEAN telah merumuskan 5 pakej komitmen mereka. Pakej ini menyediakan lanjutan komitmen daripada setiap Negara Ahli ASEAN dengan yang lain dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan sub-sektor.
-
Antara yang ditawarkan oleh Malaysia dalam 5 pakej tersebut termasuklah sektor perkhidmatan/sub-sektor:
-
Penjagaan kesihatan ( Healthcare );
-
Pelancongan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan ( Tourism and Travel Related Services );
-
Perkhidmatan komputer dan yang berkaitan ( Computer and related Services );
-
Telekomunikasi ( Telecommunication );
-
Perkhidmatan perniagaan dan profesional ( Business and Professional services );
-
Perkhidmatan Pengagihan ( Distribution Services );
-
Perkhidmatan Pembinaan dan yang berkaitan ( Construction and related services );
-
Pengangkutan Maritim ( Maritime Transport );
-
Pendidikan ( education );
-
Pengangkutan ( transport ).
-
-
PENDEKATAN UNTUK LIBERALISASI PERKHIDMATAN 2007-2015
-
Modaliti untuk mencapai matlamat akhir dalam menghapuskan limitasi bagi perdagangan perkhidmatan pada tahun 2010 untuk sektor utama dan 2015 untuk sektor lain:
-
Liberalisasi akan dilaksanakan melalui pusingan berterusan setiap 2 tahun sehingga 2015, contoh., 2008, 2010, 2012, 2014 dan 2015.
-
Mensasarkan jumlah minimum bagi sub-sektor baru untuk dijadualkan dalam setiap pusingan seperti yang berikut: 10 sub-sektor pada 2008, 15 pada tahun 2010, 20 pada tahun 2012, 20 pada tahun 2014 dan 7 pada tahun 2015, berdasarkan kepada GATS W/120 klasifikasi universal;
-
Komitmen untuk setiap pusingan akan dijadualkan mengikut parameter:
-
Kaedah 1 dan 2: “ None ”, dengan pengecualian disebabkan atas alasan ‘ bona fide ' (seperti keselamatan awam) yang tertakluk kepada perjanjian oleh semua Negara Ahli berdasarkan kepada asas ‘ case-by-case ';
-
Kaedah 3- pembabitan ekuiti luar ( foreign equity partipication): tidak lebih daripada 51% menjelang 2008 dan 70% menjelang 2010, dan 70% menjelang 2013 untuk perkhidmatan logistik; dan tidak kurang daripada 49% menjelang 2008, 51% menjelang 2010, dan 70% menjelang 2015 bagi sektor perkhidmatan yang lain;
-
-
Keanjalan (fleksibiliti) keseluruhan yang tidak lebih dari 15% daripada senarai universal haruslah diselaraskan. Fleksibiliti itu mencakupi sub-sektor yang mungkin tidak mematuhi parameter yang dipersetujui di bawah liberalisasi. Keanjalan/fleksibiliti 15% haruslah dikaji semula ke atas penyiapan inventori limitasi terhadap perdagangan perkhidmatan menjelang Mesyuarat Ekonomi ASEAN 2008.
-
Penjadualan komitimen liberalisasi dalam setiap pusingan haruslah menurut keanjalan/fleksibiliti tambahan berikut:
-
Kemungkinan untuk mengejar semula dalam pusingan yang seterusnya jika Negara Ahli tidak berupaya untuk mencapai parameter komitmen yang telah ditetapkan dalam pusingan yang sebelumnya;
-
Membenarkan sub-sektor pengganti yang telah bersetuju untuk diliberalisasikan dalam sesuatu pusingan tetapi bagi Negara Ahli yang tidak boleh untuk membuat komitmen dengan sub-sektor di luar sub-sektor yang dipersetujui;
-
Liberalisasi melalui ASEAN Minus X formula ; dan
-
Sebarang keanjalan/fleksibiliti tambahan yang akan dipersetujui dalam asas ‘ case-by-case' .
-
-
-
Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN yang ke-39 pada 24 Ogos 2007 telah menyokong modaliti/kemungkinan untuk memberi perhatian kepada limitasi dalam Kaedah 3 untuk perdagangan dalam perkhidmatan. Modaliti/kemungkinan tersebut ialah:
-
Modaliti hanya diaplikasikan kepada komitmen yang tertentu, dan tidak memasukkan komitmen horizontal.
-
Matlamat untuk menyingkirkan limitasi 5 bentuk Akses Pasaran ( Market Access -MA) yang tinggal (kecuali limitasi dalam pembabitan ekuiti luar) seperti yang dijelaskan dalam Artikel XVI dalam GATs dan limitasi Layanan Nasional ( National Treatment-NT ) dalam setiap pusingan liberalisasi AFAS sehingga 2015;
-
Sasaran untuk menghapuskan limitasi NT dalam kaedah 3, kaedah 4, dan dalam Komitmen Horizontal akan dibincangkan dan dipersetujui kemudian selepas penyiapan inventori limitasi Negara Ahli menjelang 2008 atas sebab limitasi ini menjadi semakin rumit dan sensitif.
-
Selain dari keanjalan/fleksibiliti keseluruhan 15% (yang akan dikaji semula selepas penyiapan sepenuhnya inventori limitasi pada 2008), modaliti menyediakan keanjalan/fleksibiliti lanjut bagi Negara-negara Ahli untuk memilih sub-sektor dan bentuk limitasi untuk diliberalisasikan dalam setiap pusingan.
-
-
PUSINGAN KELIMA RUNDINGAN PERKHIDMATAN (KOMITMEN PAKEJ KETUJUH)
-
AEM telah bersetuju bahawa Pusingan Kelima liberalisasi pekhidmatan di bawah AFAS akan dirumuskan pada 2008. Dengan menyokong modaliti, komitmen Negara Ahli di bawah Pusingan ini haruslah selaras dengan parameter tambahan berikut, selain dari parameter yang telah dipersetujui sebelumnya oleh AEM:
-
Bagi kesemua 29 sub-sektor di bawah 3 sektor perkhidmatan utama (e-ASEAN, penjagaan kesihatan dan pelancongan), setiap Negara Ahli boleh mengekalkan maksimum 2 bentuk limitasi Akses pasaran (MA) dalam penjadualan komitmen mereka;
-
Bagi kesemua 9 sub-sektor di bawah sektor perkhidmatan logistik, maksimum 3 bentuk limitasi MA boleh dikekalkan;
-
Maksimum 3 bentuk limitasi MA boleh dikekalkan untuk 21 sub-sektor yang lain; dan limitasi NT boleh dihapuskan berdasarkan kepada asas sukarela, dan
-
Limitasi NT akan dihapuskan juga berdasarkan kepada asas sukarela.
-
-
PENYUSUNAN PENGIKTIRAFAN BERSAMA ASEAN
-
Sebagai tambahan kepada proses liberalisasi, ASEAN turut membincangkan mengenai Penyusunan Pengiktirafan Bersama (MRAs). Sehingga kini, ASEAN telah membuat kesimpulan tentang MRAs dalam:
-
MRA untuk Perkhidmatan Kejuruteraan; dan
-
MRA untuk Perkhidmatan Kejururawatan.
-
-
ASEAN juga sedang memuktamadkan MRAs dalam:
-
MRA untuk Perkhidmatan Senibina;
-
Rangka kerja MRA untuk Kelulusan/Kelayakan Ukur; dan
-
MRA untuk Perkhidmatan ‘ Medical Practitoners' / Pengamal Perubatan.
-
NOTA
-
Limitasi Akses pasaran (MA) seperti yang ditetapkan di bawah Artikel XVI, GATS ialah:
-
Bilangan pembekal perkhidmatan, sama ada dalam bentuk kuota numerikal, monopoli, pembekal perkhidmatan ekslusif atau syarat dalam ujian keperluan ekonomi ( requirements of an economic needs test )
-
Jumlah nilai keseluruhan transaksi perkhidmatan atau aset dalam bentuk kuota numerikal atau syarat ujian keperluan ekonomi;
-
Jumlah keseluruhan perkhidmatan operasi atau jumlah keseluruhan kuantiti keluaran yang dijelaskan dalam terma unit numerikal khas atau syarat dalam ujian keperluan ekonomi;
-
Jumlah keseluruhan ‘ natural persons ' yang mungkin diambil bekerja di dalam sektor perkhidmatan tertentu atau pembekal perkhidmatan yang akan diambil bekerja dan mereka yang perlu, dan berkaitan secara langsung, bekalan untuk perkhidmatan tertentu dalam bentuk kuota numerikal atau ujian keperluan ekonomi;
-
Kaedah yang mengehadkan atau memerlukan bentuk ‘ legal entity' (entiti undang-undang/sah) atau usahasama di mana pembekal perkhidmatan mungkin akan membekalkan perkhidmatan; dan
-
Pengelibatan ‘ foreign capital' (modal asing) dalam terma had peratus maksimum ( maximum percentage limit ) dalam ‘ shareholding ' (pemegang saham bersama) atau nilai keseluruhan individu atau jumlah/agregat pelaburan asing.
KERJASAMA DALAM PERKHIDMATAN
17 Januari 2008
The ASEAN Framework Agreement on Services (AFAS) (Rangka Kerja Perjanjian Perkhidmatan ASEAN) yang telah ditandatangani pada 15 Disember 1995 di Bangkok, Thailand. Pusingan Pertama Perundingan ( The First Round of Negotiations ), yang bermula pada Januari 1996 dan telah selesai pada bulan 1998, telah merumuskan dua Pakej Komitmen yang merangkumi tujuh sektor utama, iaitu, pengangkutan udara, pengangkutan maritim, perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, pembinaan dan telekomunikasi.
Malaysia menawarkan Pakej Pertama Komitmen yang merangkumi pelancongan, perkhidmatan pengangkutan udara dan maritime. Untuk Pakej Komitmen kedua, Malaysia menawarkan perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, permbinaan dan perniagaan.
Negara-negara ASEAN telah merumuskan Pakej Komitmen Ketiga pada tahun 2001. Maklumat mengenai tawaran oleh Negara-negara ahli di bawah Pakej Komitmen Ketiga adalah seperti berikut:
Negara Ahli |
Liputan |
Brunei |
Penubuhan/pembentukan komersial dalam bekalan kejuruteraan dan perkhidmatan senibina landskap. |
Cambodia |
|
Indonesia |
|
Malaysia |
|
Myanmar |
|
Filipina |
|
Singapura |
|
Thailand |
|
Vietnam |
|
Sila klik yang di bawah untuk senarai pertubuhan dan pertubuhan professional pembekal perkhidmatan dalam Negara ASEAN.
http://www.asean.or.id/economic/services/dir_serv.htm (associations)
http://www.asean.or.id/economic/services/dir_prof.htm (Professional associations)
Last Updated 2015-05-14 12:00:53 by admin2