Untitled Document

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Mei 2013, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menggunakan Sistem Atas Talian, Electronic Preferential Certificate of Origin (ePCO) sepenuhnya untuk permohonan Analisis Kos (CA) dan Sijil Tempasal Berkeutamaan (COO) bagi mengeksport barangan di bawah skim Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement (MICECA) dan Malaysia-Chile Free Trade Agreement (MCFTA).

Bagi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan kos analisis secara manual, dimaklumkan bahawa tempoh sahlaku kelulusan tersebut hanya sah sehingga 30 April 2013.

Sehubungan itu, mulai 9 Mac 2013 syarikat adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan CA dan COO melalui ePCO. Permohonan CA dan COO secara manual tidak akan dipertimbangkan selepas 30 April 2013. Syarikat pengilang/ pengeksport dikehendaki mengemukakan permohonan CA dan COO yang baharu melalui ePCO bagi mendapatkan surat kelulusan CA dan COO supaya pelaksanaan ePCO akan berjalan lancar bagi skim MICECA dan MCFTA.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

7 MAC 2013