-
Rundingan bagi Peraturan meliputi anti-lambakan, subsidi dan langkah timbal balas termasuk subsidi perikanan serta perjanjian perdagangan serantau.
-
Deklarasi Menteri Hong Kong 2005 memberi mandat supaya rundingan bagi anti-lambakan memperjelas dan menambah baik peraturan mengenai:
- penentuan lambakan, kemudaratan, penyebab dan pelaksanaan langkah;
- prosedur yang meliputi tindakan permulaan, pelaksanaan dan penyudahan siasatan anti-lambakan; dan
-
tahap, skop dan tempoh masa bagi penilaian duti, interim dan new shipper review , sunset review dan prosedur anti-circumvention.
-
Negara Ahli perlu juga memperjelas dan menambah baik disiplin WTO berkaitan subsidi perikanan dengan mengambil kira kepentingan sektor ini kepada negara membangun.
- Draf Gabungan Teks oleh Pengerusi bagi Perjanjian Anti-Lambakan dan Perjanjian Subsidi dan Langkah Timbal Balas telah diedarkan pada 30 November 2007 (dokumen TN/RL/W/213)
Anti-Lambakan
-
Rundingan anti-lambakan telah berjalan dalam tiga fasa:
- Fasa pertama - mengenal pasti peruntukan Perjanjian Anti-Lambakan yang perlu diperjelas dan ditambah baik;
- Fasa kedua - pemeriksaan mendalam peruntukan dan kertas cadangan bagi memperjelaskan; dan
- Fasa ketiga - rundingan berdasarkan teks.
Subsidi dan Langkah Timbal Balas
-
Cadangan pindaan Perjanjian Subsidi dan Langkah Timbal Balas termasuk:
- Makna spesifikasi;
- Definisi faedah;
- Kemasukan harga kawalan kerajaan;
- Konsep baru berkaitan geran kerajaan; dan
-
senarai kredit eksport.
-
Bagi subsidi perikanan, buat masa ini tiada peruntukan WTO yang khusus berkaitan subsidi perikanan. Subsidi perikanan dirundingkan di bawah peruntukan peraturan umum subsidi di dalam Perjanjian Subsidi dan Langkah Timbal Balas.
-
Rundingan masih diteruskan bagi mengukuhkan dan memperkenalkan disiplin baru bagi sektor perikanan. Cadangan termasuk:
- mendisiplinkan penggunaan subsidi bagi sistem pengurusan perikanan kebangsaan bagi mengelakkan tangkapan berlebihan;
- Notifikasi subsidi; dan
-
Peruntukan layanan istimewa dan berbeza ( Special & Differential) bagi negara ahli membangun dan kurang membangun.
-
Draf teks subsidi perikanan mencadangkan pencegahan subsidi termasuk:
- beli, membina, baik pulih atau membaharui kapal;
- meliputi kos operasi seperti petrol, ais, umpan dan yuran lesen;
- pemindahan kapal kepada negara dunia ketiga;
- bantuan pendapatan kepada nelayan; dan
-
harga sokongan bagi produk ikan.
-
Pengerusi juga mencadangkan agar peruntukan pengecualian umum bagi penggunaan teknik penangkapan ikan untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
-
Peruntukan layanan istimewa dan berbeza telah mencadangkan agar negara kurang membangun dan negara membangun:
- Pengecualian penuh disiplin perikanan untuk negara mundur; dan
- Pelepasan daripada disiplin ini bagi negara membangun tertakluk kepada syarat pengurusan perikanan.
Perjanjian Perdagangan Serantau
-
Rundingan Perjanjian Perdagangan Serantau ( Regional Trade Agreement – RTA) merupakan sebahagian daripada agenda Doha bertujuan untuk memperjelaskan dan menambah baik disiplin serta prosedur berkaitan RTA yang digunapakai di bawah peruntukan WTO. Rundingan dilaksanakan di dalam Kumpulan Rundingan Peraturan yang akan mengambil kira aspek pembangunan perjanjian perdagangan serantau.
-
Pada 14 Disember 2006, Majlis Tertinggi telah meluluskan mekanisme ketelusan bagi semua RTA dengan elemen berikut:
- perisytiharan awal dan pemberitahuan mengenai sebarang RTA kepada WTO;
- semakan semula RTA yang dimuktamadkan di antara Negara membangun di bawah Artikel XXIV GATT 1994 dan Artikel V GATS, oleh Jawatankuasa Perjanjian Perdagangan Serantau ( Committee on Regional Trade Agreements - CRTA); dan
-
semakan semula RTA yang dimuktamadkan di antara negara membangun di bawah Enabling Clause , oleh Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan.
- Tuntutan untuk memaklumkan Pelaksanaan Tarif Keutamaan, RTA dan Kesatuan Serantau adalah tertakluk kepada Enabling Clause dan Artikel XXIV GATT 1994.
- Pada masa ini, kertas cadangan untuk lebih menjelaskan tuntutan ketelusan bagi Pelaksanaan Tarif Keutamaan telah di kemukakan oleh Brazil dan India pada 1 Oktober 2008. Perbincangan masih diteruskan mengenai elemen yang terkandung di dalam kertas cadangan tersebut.
- Rundingan meliputi perkara substantif mengenai isu sistemik dan aspek pembangunan RTA. Cadangan utama yang dibentangkan adalah berkenaan ketelusan, iaitu pemberitahuan RTA, penanda aras kuantitatif yang mendefinisikan ‘ substantially all trade ' serta peruntukan pembangunan.
Last Updated 2015-05-14 12:00:56 by admin2