Rundingan alam sekitar tertumpu kepada:
- pengurangan/penghapusan tarif dan halangan bukan tarif untuk barangan alam sekitar dan perkhidmatan;
- hubungan antara peraturan-peraturan yang sediaada di bawah WTO dan obligasi khusus perdagangan (STOs) yang termaktub di dalam Perjanjian Pelbagaihala Alam Sekitar (MEAs); dan
- pertukaran maklumat antara Sekretariat MEA dan badan-badan berkaitan dibawah WTO.
- Pengurangan / Penghapusan Tarif dan Halangan Bukan Tarif untuk Barangan Alam Sekitar dan Perkhidmatan
Beberapa pilihan telah dicadangkan untuk mengurangkan / menghapuskan tarif barangan dan meliberalisasi perkhidmatan yang berkaitan dengan alam sekitar. Namun persetujuan belum dicapai mengenai langkah-langkah yang akan digunakan untuk meliberalisasi pembukaan pasaran barangan alam sekitar dan perkhidmatan berkaitan dengan alam sekitar. Antara langkah yang dikenalpasti adalah:
-
Liberalisasi Perdagangan untuk Barangan dan Perkhidmatan berkaitan dengan Perubahan Cuaca dan Sumber Tenaga Bersih:
- Barangan : penghapusan tarif dan halangan bukan tarif dalam tempoh masa yang lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dibawah rundingan barangan, bagi 43 produk yang berkaitan secara langsung dalam menangani isu perubahan cuaca, termasuk teknologi tenaga bersih.
- Perkhidmatan : menggunakan komitmen dalam jadual GATS untuk membantu perdagangan dalam perkhidmatan yang boleh menyumbang kepada usaha menangani isu perubahan cuaca seperti persekitaran, tenaga, senibina, kejuruteraan, perkhidmatan pembinaan.
- Barangan : penghapusan tarif dan halangan bukan tarif dalam tempoh masa yang lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dibawah rundingan barangan, bagi 43 produk yang berkaitan secara langsung dalam menangani isu perubahan cuaca, termasuk teknologi tenaga bersih.
-
Rundingan Perjanjian Barangan Alam Sekitar dan Perkhidmatan (EGSA):
- Barangan : Anggota WTO yang tertakluk kepada formula pengurangan tarif di bawah pembukaan pasaran bukan pertanian (NAMA) akan merundingkan komitmen untuk menghapuskan tarif dan menangani halangan bukan tarif kepada perdagangan.
- Perkhidmatan : Anggota WTO yang sama adalah bertanggungjawab untuk merundingkan komitmen supaya mengikat tahap pembukaan pasaran sedia ada dan layanan nasional, serta mengambil langkah-langkah untuk meliberalisasikan bidang-bidang di mana masih terdapat halangan dalam konteks keseluruhan kepada perkhidmatan perdagangan alam sekitar dan perkhidmatan berkaitan cuaca, yang akan dijadikan komponen EGSA.
- Barangan : Anggota WTO yang tertakluk kepada formula pengurangan tarif di bawah pembukaan pasaran bukan pertanian (NAMA) akan merundingkan komitmen untuk menghapuskan tarif dan menangani halangan bukan tarif kepada perdagangan.
- Hubungan Antara Peraturan-peraturan yang Sediada di bawah WTO dan Obligasi Khusus Perdagangan (STOs)
- Persetujuan telah dicapai pada 2001, di mana negara ahli bertanggungjawab mengenalpasti hubungan antara peraturan sediaada di bawah WTO dan obligasi khusus perdagangan (STOs) yang termaktub di dalam Perjanjian Pelbagaihala Alam Sekitar (MEAs). Buat masa ini, negara ahli belum bersetuju dengan hasil rundingan samaada untuk meneruskan disiplin tersebut dalam bentuk perundangan.
- Pertukaran Maklumat antara Sekretariat MEA dan Badan-Badan Berkaitan di bawah WTO
-
Perbincangan tertumpu kepada pengenalpastian prosidur bagi pertukaran maklumat antara Sekretariat MEA dan badan-badan berkaitan dibawah WTO:
- untuk memastikan usaha yang dijalankan oleh MEAs dan Jawatankuasa Perdagangan dan Alam Sekitar WTO tidak bertentangan antara satu sama lain; dan,
- untuk mengenalpasti kriteria-kriteria khusus bagi tujuan pemberian status pemerhati kepada MEA yang bakal menjadi pemerhati tetap Jawatankuasa Perdagangan dan Alam Sekitar.
- untuk memastikan usaha yang dijalankan oleh MEAs dan Jawatankuasa Perdagangan dan Alam Sekitar WTO tidak bertentangan antara satu sama lain; dan,
Last Updated 2015-05-14 11:58:49 by admin2