Kerajaan telah memulakan penyiasatan kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan pada 22 September 2008 berikutan daripada satu request yang dikemukakan oleh syarikat Malaysian Newsprint Industries Sdn. Bhd. yang mengeluarkan newsprint dalam bentuk gulungan.
Kerajaan telah pun selesai menjalankan penyiasatan kajian semula pentadbiran dan mengesahkan bahawa penamatan duti anti-lambakan akan menyebabkan lambakan berterusan atau berulang dan kemudaratan berterusan kepada industri tempatan. Sehubungan itu, duti anti-lambakan ke atas import newsprint dalam bentuk gulungan yang berasal atau dieksport dari Kanada, Republik Indonesia, Republik Korea, Republik Filipina dan Amerika Syarikat akan diteruskan pada kadar:
Kanada
|
Kadar Duti |
Bowater Mersey Paper Company, Ltd. Abitibi Consolidated Inc. Lain-lain
|
33.55% 33.55% 33.55%
|
Republik Indonesia
|
|
C.V. Setia Kawan PT. Adiprima Suraprinta PT. Aspex Kumbong PT. Kertas Leces (Persero) PT. Suparma Tbk Lain-lain |
22.87% 5.59% 10.20% 17.29% 33.14% 33.14%
|
Republik Korea
|
|
Bowater Korea Ltd. (dikenali sebagai Bowater-Halla Paper Co., LTD di dalam penyiasatan asal) Daehan Paper Co. Ltd. Pan Asia Paper Co. Paper Corea Inc. (dikenali sebagai Sepong Corp. di dalam penyiasatan asal) Lain-lain |
43.24%
43.24% 43.24% 43.24%
43.24%
|
Republik Filipina
|
Kadar Duti |
Trust International Paper Corporation Lain-lain |
31.74% 31.74%
|
Amerika Syarikat
|
|
Bowater Incorporated Abitibi Consolidated Inc. Lain-lain |
39.20% 39.20% 39.20% |
Pungutan duti akan dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Langkah ini akan berkuatkuasa tidak melebihi lima tahun dari tarikh Kerajaan mewartakan Notis Penentuan Muktamad Afirmatif Kajian Semula Pentadbiran.
Laporan awam ke atas penentuan muktamad boleh diperolehi oleh semua pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan-persatuan) di dalam penyiasatan kajian semula pentadbiran ini. Salinan versi tidak sulit penentuan muktamad boleh didapati dengan membuat permohonan bertulis kepada:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tingkat 12, Blok 10
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Telefon : (603) 6203 3061 dan 6203 3085 No. Faksimile : (603) 6201 9920
Notis Penentuan Muktamad Afirmatif Kajian Semula Pentadbiran (SR 01/08)
Last Updated 2015-05-14 11:58:51 by admin2