Malaysia dan Jepun telah menandatangani Perjanjian Perkongisan Ekonomi Malaysia-Jepun (Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement - MJEPA) pada 13 Disember 2005. MJEPA telah mula dilaksanakan pada 13 Julai 2006 .

MJEPA merupakan Perjanjian komprehensif Malaysia yang pertama merangkumi: perdagangan barangan industri dan pertanian, perdagangan perkhidmatan, pelaburan, peraturan tempasal, prosidur kastam, piawaian, harta intelek, dasar pesaingan, peningkatan persekitaran perniagaan, langkah-langkah perlindungan perdagangan dan penyelesaian pertikaian.

Teks perjanjian MJEPA boleh dimuat turun melalui pautan berikut: MJEPA Agreement yang perlu dibaca bersama Implementing Agreement.

PERDAGANGAN BARANGAN

Dibawah MJEPA, Malaysia dan Jepun akan mengurangkan atau menghapuskan tarif ke atas barangan industri dan pertanian secara progresif. Komitmen setiap negara dinyatakan dalam Jadual Komitmen. General Notes of Tariff Reduction and Elimination.

Sekiranya anda mengeksport ke Jepun, sila klik pautan berikut:

Japan - Schedule of Tariff Commitments yang perlu dibaca bersama : Notes for Japan's Schedule of Commitments.

Sekiranya anda mengimport dari Jepun, sila klik pautan berikut :

Malaysia - Schedule of Tariff Commitments yang perlu dibaca bersama : Notes for Malaysia's Schedule of Commitments .

Bagaimana produk anda dapat menikmati Duti Keutamaan

Bagi menikmati   duti keutamaan , produk anda perlu memenuhi peraturan tempasal dibawah MJEPA dimana produk tersebut perlu memenuhi kriteria 40% Qualifying Value Content atau perubahan dalam klasifikasi tarif ( Change in Tariff Classification ). Peraturan Tempasal boleh dimuat turun dengan menggunakan pautan berikut.

Senarai Product Specific Rules

Pengeksport juga perlu mendapatkan sijil tempasal ( certificate of origin COO). Prosidur untuk mendapatkan sijil tempasal boleh dilihat dengan menggunakan pautan berikut: Procedure to Obtain Preferential Tariff

PERKHIDMATAN

MJEPA merupakan perjanjian komprehensif dan merangkumi liberalisasi Perdagangan Perkhidmatan. Jepun akan member layanan yang sama kepada Malaysia seperti yang diberikan kepada rakan FTA mereka yang lain. Sektor berkepentingan kepada Malaysia adalah perkhidmatan perniagaan dan profesional, pendidikan, komunikasi, pelancongan dan perkhidmatan berkaitan kesihatan dan sosial.

Bagi pembekal perkhidmatan Malaysia

Japan's Schedules of Specific Services Commitments

Bagi pembekal perkhidmatan Jepun

Malaysia's Schedules of Specific Services Commitments

Seksyen ini perlu dibaca bersama Annex 5 (Measures affecting Financial Services) dan Annex 7 (MFN Exemptions) of the Agreement.

PELABURAN

MJEPA menyediakan satu rangka kerja bagi memperluaskan dan mempermudahkan pelaburan cross-border antara kedua-dua negara, menerusi komitmen dalam bentuk layanan nasional, layanan MFN dan peningkatan perlindungan bagi pelabur dan pelaburan mereka. Namun, MJEPA tidak merangkumi pelaburan dalam bidang perkhidmatan.

Seksyen ini perlu dibaca bersama Annex 4 (Reservation for Existing and Future Investment Measures).

KERJASAMA EKONOMI DAN PROGRAM

Malaysia dan Jepun bersetuju melaksanakan kerjasama dalam beberapa bidang termasuk pembangunan industri otomotif di Malaysia iaitu melalui Malaysia-Japan Automotive Industry Cooperation (MAJAICO), Pertanian, ICT, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, IKS, Pelancongan dan Alam Sekitar.

HUBUNGI KAMI

MITI mengalu-alukan maklumbalas, cadangan dan pandangan daripada semua pihak. Input tersebut boleh dikemukakan kepada:

Pegawai

:

Ms. Siti Arfah Kamaruzaman

Tel

:

603-6200 0321

Fax

:

603-6201 7784

E-mel

:

sitiarfah@miti.gov.my/allfta@miti.gov.my