Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

  1. Skim Tarif Keutamaan Berkesan (CEPT)

Skim CEPT yang telah diperkenalkan pada 1993 bagi memansuhkan tariff import Intra-ASEAN kini hampir disempurnakan. ASEAN-6 dan Viet Nam telah mengurangkan duti bagi kesemua barangan kepada 0-5 peratus. ASEAN-6 akan memansuhkan duti bagi kesemua barangan menjelang 1 Januari 2010, kecuali Barangan Pertanian Sensitif dan Amat Sensitif (belum diproses).

Laos dan Myanmar pula dijangka akan mengurangkan duti bagi kesemua barangan menjelang 1 Januari 2008 kecuali Barangan Sensitif dan Amat Sensitif (belum diproses). Kemboja telah diberi tempoh pada 1 Januari 2010. Negara-negara ini termasuk Viet Nam akan memansuhkan duti bagi kesemua barangan menjelang 1 Januari 2010.

Indonesia dan Filipina pula belum menawarkan konsesi bagi beras dan gula. Satu peruntukan khas telah diberikan kepada negara-negara tersebut untuk menyenarai masuk barangan-barangan ini menjelang 2015.

Jadual 1 - Bilangan Garis Tarif bagi 2007 untuk Pakej CEPT berdasarkan Kategori Tarif

Negara

Bilangan Garis Tarif

Peratusan

0 - 5 %

> 5% 2)

Lain-lain 1

Jumlah

0 - 5 %

> 5%

Lain-lain

Jumlah

Brunei D.

9,924

674

-

10,598

93.64

-

-

100

Indonesia (AHTN 2007)

8,620

-

-

8,620

100.00

-

-

100

Malaysia

12,439

34

31

12,504

99.48

0.27

0.25

100

Filipina

11,369

75

-

11,444

99.34

0.66

-

100

Singapura

10,705

-

-

10,705

100.00

-

-

100

Thailand (AHTN 2007)

8,288

13

-

8,301

99.84

0.16

-

100

ASEAN-6

61,345

796

31

62,171

98.67

1.28

0.05

100

Kemboja 3)

6,301

4,153

-

10,454

60.27

39.73

-

100

Laos

9,960

63

-

10,023

99.37

0.63

-

100

Myanmar

9,325

1,286

-

10,611

87.88

12.12

-

100

Vietnam

10,285

238

-

10,523

97.74

2.26

-

100

CLMV

35,871

5,740

-

41,611

86.21

13.79

-

100

Jumlah ASEAN

97,216

6,536

31

103,782

93.67

6.30

0.03

100

Sumber: Sekretariat, Julai 2007

Nota

:

1)Produk Senarai Pengecualian am dimasukkan dengan kadar CEPT diandaikan= MFN

 

 

2) Peringkat terakhir Senarai Pengucualian Sementara telah dimasukkan dengan kadar CEPT diandaikan = MFN

Kemboja, Laos dan Myanmar juga telah menyenarai masuk kesemua barangan ke dalam skim CEPT kecuali:

  • 54 garis tarif bagi Kemboja;
  • 203 garis tarif bagi Laos ; dan
  • 27 garis tarif bagi Myanmar .

Barangan-barangan ini masih berada dalam senarai Barangan Sensitif. Barangan-barangan ini dipindahkan ke Skim CEPT pada 1 Januari 2008 bagi Laos dan Myanmar dan 1 Januari 2010 bagi Kemboja.

Bilangan Garis Tarif pada 0% bagi ASEAN dalam Skim CEPT 2007

Negara

Peratusan

 

0%

>0%

Total

Brunei D.

71.63

28.37

100

Indonesia (AHTN 2007)

66.48

33.52

100

Malaysia

81.42

18.58

100

Filipina

50.30

49.70

100

Singapura

100.00

-

100

Thailand (AHTN 2007)

54.37

45.63

100

ASEAN-6

71.54

28.46

100

Kemboja 3)

5.79

94.21

100

Laos

6.28

93.72

100

Myanmar

3.44

96.56

100

Vietnam

52.06

47.94

100

CLMV

17.01

82.99

100

Jumlah ASEAN

49.67

50.33

100

Sumber: Sekretariat ASEAN, Julai 2007

Nota

:

1) Produk Senarai Pengecualian am dimasukkan dengan kadar CEPT diandaikan= MFN

 

 

2) Peringkat terakhir Senarai Pengucualian Sementara telah dimasukkan dengan kadar CEPT diandaikan = MFN

  1. Status Pengurangan Tarif di Malaysia

Bermula dari 1 Januari 2007, Malaysia telah memansuhkan duti bagi 3,368 garis tarif di bawah Skim CEPT. Baki 2,291garis tarif akan dimansuhkan pada 1 Januari 2010 bagi memenuhi komitmen CEPT. Barangan-barangan ini adalah automotif; besi dan keluli; kaca dan barangan kaca; seramik dan barangan kertas.

  1. SENARAI SENSITIF DAN AMAT SENSITIF

Pada 2010, duti CEPT bagi:

  • Buah-buahan tempatan,gula dan tembakau meliputi 66 garis tariff akan dikurangkan kepada 5 peratus; dan
  • Beras akan dikurangkan kepada 20 peratus.

Ini adalah berdasarkan komitmen Malaysia di bawah Protokol Senarai Sensitif dan Amat Sensitif bagi Skim CEPT.

  1. SENARAI PENGECUALIAN AM

Sebanyak 89 garis tarif telah dikecualikan daripada konsesi tariff di bawah skim CEPT. Barangan-barangan tersebut adalah: minuman beralkohol; senjata dan bahan senjata api.

Komitmen Malaysia di bawah Skim CEPT

Status

Bil. Garis tarif

Threshold Compliance ¹ (%)

Jumlah

12,581

-

Duti CEPT pada 0 peratus (pada 31 Disember 2006)

6,767

54.17 ²

Duti CEPT dimansuhkan menjelang 1 Januari 2007 (termasuk barangan PIS)

3,368

26.96

Duti CEPT dimansuhkan menjelang 1 Januari 2010

2,291

18.34

Duti CEPT dikekalkan pada 5/20 peratus menjelang 1 Januari 2010 ( Buah-buahan tempatan,gula, beras dan tembakau )

66

-

Barangan yang tidak ditawarkan bagi konsesi tariff di bawah skim CEPT (Senarai Pengecualian Am)
( minuman beralkohol; senjata dan bahan senjata api )

89

-

Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Berdasarkan AHTN 2002

  1. PERATURAN TEMPASAL (ROO) UNTUK SKIM TARIF KEUTAMAAN SAMA RATA (CEPT) AFTA

Di bawah Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT) AFTA, para pengeksport dan pengilang boleh menikmati kadar keutamaan duti import sekiranya mereka memenuhi syarat:

  • 40 peratus kadar Nilai Kandungan Serantau (RVC);

    atau

  • Sekiranya tidak dapat memenuhi syarat 40 peratus RVC, maka Peraturan Produk Spesifik (PSR) boleh digunakan. PSR termasuklah Change in Chapter (CC) atau Change in Tariff Heading (CTH ) atau Change in Tariff Sub Heading (CTSH) atau Process Rule seperti yang tertera di Lampiran C dalam Peraturan Tempasal (ROO) yang telah disemak. (Maklumat terperinci PSR boleh dimuat turun di laman web MITI di bawah ASEAN CEPT ROO).

Dalam erti kata lain, ASEAN telah memudahkan peraturan dan prosedur di bawah Skim CEPT untuk menggalakkan perdagangan di dalam ASEAN. Perkara ini dilaksanakan melalui satu kriteria sebagai alternatif kepada syarat 40 peratus kadar RVC. Kriteria ini dipanggil Peraturan Produk Spesifik (PSR).

PSR (CC, CTH dan CTSH) membolehkan pengeksport / pengilang ASEAN menikmati kadar CEPT walaupun dari bahan mentah asing (non-originating raw material) . Penerangan tambahan boleh didapati melalui Mekanisme Pelaksanaan PSR seperti di Lampiran I .

Untuk produk sensitif seperti barangan automotif dan besi keluli, negara-negara ASEAN telah bersetuju untuk mengekalkan RVC sebanyak 40 peratus sahaja untuk penggunaan produk-produk berkenaan.

PSR yang dilaksanakan pada masa ini adalah:

Tarikh Efektif

Bil.

Sektor

1 Januari 1996

257

Tekstil, Produk berasaskan Kayu , Aluminum dan Tepung Gandum

1 Januari 2007

1453

Semua sektor

1 Ogos 2008

3514

Semua sektor

 

  1. HALANGAN BUKAN TARIF (NTBs)

Satu rangka kerja yang dipersetujui telah diwujudkan dalam ASEAN bagi memansuhkan halangan-halangan ini dalam tiga pakej:

  • 2008, 2009 dan 2010 for ASEAN-5;
  • 2010, 2011 dan 2012 bagi Filipina;dan
  • 2013, 2014 dan 2015/2018 bagi Kemboja, Laos , Myanmar dan Viet Nam .

Halangan bukan tarif telah diklasifikasikan berdasarkan tiga jenis kotak:

Kotak

Tindakan

Hijau

Halangan yang boleh dikekalkan .

Merah

Halangan yang perlu dimansuhkan.

Amber

Pemansuhan halangan adalah tertakluk kepada rundingan

Negara-Negara ASEAN harus memaklumkan kepada Negara anggota dan secretariat ASEAN sekiranya terdapat halangan bukan tarif diperkenalkan.

Proses penyemakan semula telah diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan halangan bukan tarif adalah wajar.

  1. Sistem Keutamaan Integrasi ASEAN (AISP)

Sistem Keutamaan Integrasi ASEAN (AISP) adalah skim uniteral oleh ASEAN-6 yang menyediakan duti sifar bagi produk eksport bagi Negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Viet Nam (CLMV).

Setakat August 2008, ASEAN-6 telah menawarkan duti sifar bagi 2,995 produk CLMV:

  • 1,565 produk bagi Myanmar ;
  • Kemboja (637);
  • Laos (421); dan
  • Viet Nam (372).

Malaysia telah memberikan pengecualian duti bagi 790 produk kepada Negara-negara tersebut:

  • 295 produk bagi Myanmar ;
  • Viet Nam (234);
  • Kemboa (179); dan
  • Laos (82).

Pengecualian duti telah diberikan bagi produk:

  • Sayuran dan buah-buahan;
  • Barangan kimia;
  • Barangan getah;
  • Barangan berasaskan kayu;
  • Barangan kertas ;
  • Elektrik dan elektronik;
  • Barangan plastik;
  • kasut;
  • perabot;
  • pakaian dan tekstil; dan
  • besi dan keluli.

 

  1. NOMENKLATUR TARIF SAMA RATA ASEAN (AHTN)

AHTN merupakan nomenklatur klasifikasi produk sama rata yang digunapakai oleh kesemua negara anggota ASEAN bertujuan untuk memudahkan dan mempromosi perdagangan intra-ASEAN.

Penukaran AHTN 2002 kepada AHTN 2007 di kalangan Negara anggota ASEAN kini sedang dalam proses. Malaysia telah mengeluarkan gazet pada 31 Disember 2007 dan AHTN 2007 pula akan berkuatkuasa pada 1 April 2008. Penggunaan AHTN dijangka akan dipanjangkan kepada Negara bukan ASEAN menjelang 2011.

Nomenklatur Tarif Sama Rata ASEAN (AHTN) 2007

  1. ASEAN SINGLE WINDOW (ASW)

Pada 9 Disember 2005, ASEAN telah bersetuju untuk mewujudkan ASEAN Single Window (ASW) bagi mempercepatkan prosedur kastam dalam rantau ini dengan penggunaan satu saluran tunggal bagi pelepasan barangan untuk kumpulan ASEAN -6 menjelang 2008 dan CLMV menjelang 2012.

Pada masa ini, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand telah menubuhkan badan nasional masing-masing untuk melaksanakan National Single Window (NSW) yang akan diintegrasikan untuk menubuhkan ASW tersebut.

  1. PENAMBAHBAIKAN PERJANJIAN CEPT

Pada Ogos 2007, ASEAN telah bersetuju untuk menyemak semula dan mengemaskini Perjanjian CEPT untuk menjadi Perjanjian Perdagangan Barangan yang komprehensif bagi AFTA. Ini adalah bertujuan untuk:

  • mengemaskini peruntukan selaras perkembangan semasa dalam ASEAN;
  • untuk memberikan status perundangan terhadap keputusan pada peringkat Menteri berkenaan dengan CEPT/AFTA;
  • menangani ketidakseimbangan yang terdapat dalam peruntukan-peruntukan Perjanjian CEPT, Protokol dan keputusan Majlis AFTA/AEM.
  • ketiadaan peruntukan Layanan Negara Teristimewa (MFN) dan Layanan Samarata;
  • sesetengah peruntukan dalam CEPT perlu dikemaskini agar selaras dengan disiplin yang terdapat dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA); dan
  • Segala perjanjian yang terdahulu dalam perjanjian CEPT di protokol-protokol akan digabungkan ke dalam perjanjian komprehensif yang baru.


Developments in the Implementation of the CEPT Scheme for ASEAN Free Trade Area (AFTA)

Customs Duties (Goods of ASEAN Countries Origin) (Common Effective Preferential Tariff) Order 1995

ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 2007