Perdagangan Berkaitan Hak Harta Intelektual (TRIPs)

  • Rundingan berkaitan TRIPs meliputi:
    • hubung kait di antara TRIPs dan Convention on Biological Diversity ( CBD);
    • pewujudan daftar pelbagai hala penunjuk geografi ( Geographical Indications - GIs ) bagi wain dan spirit; dan
    • perluasan GIs kepada produk selain wain dan spirit.
  1. Hubung kait di antara TRIPs dan CBD
  • Negara Membangun telah mendesak agar terdapat hubung kait di antara TRIPs dan CBD:
    • di mana Perjanjian TRIPs dipinda dengan memasukkan peruntukan CBD sebagai syarat untuk mendapat hak paten;
      dan
    • membolehkan perlindungan terhadap sumber biologi melalui sistem paten yang ketat yang memerlukan:
      • maklumat berhubung sumber dan negara asal sumber biologi yang digunakan bagi sesuatu ciptaan;
      • persetujuan daripada negara asal terlebih dahulu; dan
      • bukti perjanjian perkongsian yang adil dan saksama terhadap pengagihan.
  1. Pewujudan daftar pelbagai hala bagi penunjuk geografi ( Geographical Indications - GIs ) bagi Wain dan Spirit
  • Pada 2001, Deklarasi Menteri di Doha meminta agar negara ahli WTO mewujudkan sistem maklumat pelbagai hala dan rekod GI bagi wain dan spirit. Sehingga kini, perbincangan tidak membawa kepada sebarang kata sepakat, memandangkan terdapat segolongan ahli yang tidak mahu sistem mandatori bagi notifikasi dan pendaftaran.
  1. Perluasan perlindungan GI kepada produk selain wain dan spirit
  • Pada 2001, Deklarasi Menteri di Doha meminta agar negara ahli mempertimbangkan perluasan perlindungan GI kepada produk selain wain dan spirit. GI adalah hak harta intelektual yang diberikan perlindungan di bawah Perjanjian TRIPs. GI hanya diberikan kepada produk yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, reputasi atau kualiti yang dikaitkan dengan sesuatu lokasi yang khusus.
  • Kemajuan rundingan isu perluasan GI secara amnya bergerak perlahan di mana negara ahli mempunyai perbezaan pendirian terhadap isu ini.