Pengesahan Untuk Analisis Kos

PENGENALAN

  1. Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat permohonan dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh pengeksport yang memohon untuk pengesahan produk yang berkelayakan mengikut skim GSP, CEPT, MJEPA, MPCEPA, ACFTA, dan AKFTA..

SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN

  1. Syarikat mestilah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Produk yang berkelayakan
    1. Produk untuk dieksport adalah terkandung di dalam senarai produk yang mengikut Negara pengimport berdasarkan skim masing-masing.
    2. Produk yang dieksport mesti memenuhi syarat 'Rules of Origin' mengikut skim masing-masing.
      • Borang BAK 1(a): Maklumat Pengeksport/Pengilang dan Produk
      • Borang BAK 1(b): Analisis Kos Produk
      • Borang BAK 1(c): 'Letter of Indemnity'
      • Sesalin dokumen-dokumen berikut :
        - Sijil Pendaftaran Syarikat.
        - Invois pembelian bahan mentah.
        - Sampel/gambar/katalog produk.
        - Carta aliran kerja pemprosesan.
      • Laman Portal MITI
      • Kaunter Perkhidmatan (Aras Bawah), Ibu Pejabat MITI Kuala Lumpur.
      • Pejabat Cawangan MITI di seluruh negara.
    1. KUASA MELULUS

      Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

      ALIRAN KERJA

      1. Terima permohonan .
      2. Semak kesahihan dokumen yang dikemukakan.Tentukan produk yang tersenarai di dalam senarai negara-negara pengimport mengikut skim masing-masing.
      3. Mengenalpasti analisis kos produk untuk menentukan pematuhan bahan tempatan yang digunakan.
      4. Meluluskan/menolak permohonan .
      5. Memaklumkan keputusan kepada pemohon.

      PIAGAM PELANGGAN

      Surat makluman akan dihantar kepada pemohon/syarikat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja bermula dari tarikh borang permohonan yang lengkap.

      image

       

      Kelulusan Sijil Tempasal Berkeutamaan (Borang A/ Borang D/ Borang E/ Borang MJEPA/ Borang MPCEPA/ Borang AK)

      PENGENALAN
      1. Tujuan garis panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat permohonan dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh pengeksport yang memohon untuk pengesahan produk yang berkelayakan mengikut skim GSP, CEPT, MJEPA, MPCEPA, ACFTA, dan AKFTA masing-masing .
      SYARAT-SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN
      1. Syarikat yang berkelayakan untuk memohon Sijil Tempasal Berkeutamaan perlu mendapatkan kelulusan daripada MITI berkaitan produk yang memenuhi syarat mengikut skim masing-masing.
      2. Tatacara permohonan
        1. Setiap borang mesti diisi lengkap untuk setiap 'consignment of export'..
        2. Borang yang lengkap mesti dikemukan dengan:
        • Surat kelulusan MITI.
        • Sales Invoice (nilai yang sama seperti di Borang D).
        • Borang Akuan Kastam (Borang K2).
      3. Borang Permohonan Sijil Tempasal Berkeutamaan boleh didapati daripada:

        Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)
        Wisma FMM
        No. 3, Persiaran Dagang
        PJU 9, Bandar Sri Damansara
        52200, Kuala Lumpur

        Tel.: 03-6276 1211
        Faks: 03-6341 1266
      4. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

        Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
        Seksyen Kerjasama Perdagangan dan Penyelarasan Industri
        Aras Bawah, (Kauanter Perkhidmatan), Blok 10
        Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta
        50622 Kuala Lumpur

        Tel.: 03-6203 3022
        Fax: 03-6201 3351

        atau

        Pejabat Cawangan MITI di seluruh negara.
      5. KUASA MELULUS

        Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

        PROSES KERJA

        1. Terima permohonan.
        2. Semak kesahihan dokumen yang dikemukakan. tentukan produk yang tersenarai di dalam senarai negara-negara pengimport mengikut skim masing-masing.
        3. Mengenalpasti butir-butir produk, kod HS/AHTN, nilai FOB dan destinasi eksport.
        4. Meluluskan/menolak permohonan .

        PIAGAM PELANGGAN

        Surat makluman akan dihantar kepada pemohon/syarikat dalam tempoh tujuh (2) hari bekerja bermula dari tarikh borang permohonan yang lengkap.

        image