Import Goods Requisition Form

Panduan Mengisi Maklumat Perolehan Barangan Import

Kementerian\Jabatan dan Agensi berkaitan kerajaan diminta mengemukakan permohonan Perolehan Barangan Import dengan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web MITI.

Sila hantar borang yang lengkap diisi ke alamat MITI dengan menggunakan kepala surat Kementerian\Jabatan\dan Agensi berkaitan kerajaan serta e-mail pengirim masing-masing

  1. Pastikan tiada baris (row) kosong atau maklumat lain antara rekod yang pertama, kedua dan seterusnya. Jika rekod pertama ditaip di baris (row) 1, pastikan rekod yang kedua ditaip di baris (row) 2 dan seterusnya.

  2. Jika maklumat untuk lajur (column) tersebut panjang, pastikan sambungannya ditaip terus dan tidak ditaip di baris ke 2 (Anda hanya perlu besarkan saiz lajur tersebut sahaja). (Ringkaskan maklumat yang diisi, sebarang penerangan/ maklumat tambahan boleh dikemukakan dalam bentuk lampiran tambahan)

  3. Maklumat yang sama juga perlu diisikan dan bukannya ditaip sebagai simbol " pada rekod kedua dan seterusnya.

  4. Spesifikasi teknikal / gambar / katalog atau apa-apa penerangan berkaitan barangan hendaklah disertakan.

  5. Sila tandatangan borang dan disertakan dengan cop jabatan.

  6. Format tarikh adalah seperti berikut: dd-mm-yyyy.

  7. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

  8. Kelulusan \ Penolakan akan diberitahu melalui surat setelah menerima surat permohonan rasmi yang asal.

  9. Kementerian\Jabatan\Agensi berkaitan kerajaan dikehendaki mengemukakan surat rasmi dan 'Lampiran A' (asal) ke MITI untuk pemprosesan dan simpanan.

  10. Pihak pemohon tidak dibenarkan mengubah format / perakuan borang ini.

 

Import and Sales Vehicle Information Form

Panduan mengisi Maklumat Import dan Jualan Kenderaan

  1. Pastikan tiada baris (row) kosong atau maklumat lain antara rekod AP yang pertama, kedua dan seterusnya. Jika rekod AP pertama ditaip di baris (row) 1, pastikan rekod AP yang kedua ditaip di baris (row) 2 dan seterusnya.
  2. AP No/Import Licences No : Jangan masukkan simbol / atau - (contoh : Q0301/0104/1206-KC perlu ditaip sebagai Q030101041206KC ).
  3. Jika maklumat untuk lajur (column) tersebut panjang, pastikan sambungannya ditaip terus dan tidak ditaip di baris ke 2 (anda hanya perlu besarkan saiz lajur tersebut).
  4. Maklumat ROC pada setiap rekod AP perlu ditaip penuh dan bukannya ditaip sebagai simbol " pada rekod kedua dan seterusnya.
  5. Maklumat Import Date dan Sales Date , harap mengikut format yang disediakan iaitu dd-mm-yyyy .

Syarikat diminta mengemukakan maklumat Import dan Jualan Kenderaan pada atau sebelum 10 hb setiap bulan dengan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web MITI. Sila emelkan borang yang lengkap diisi ke alamat emel bpp@miti.gov.my dengan menggunakan emel syarikat masing-masing.