-
Rundingan Barangan Pertanian tertumpu kepada:
- pembukaan pasaran barangan pertanian;
- pengurangan subsidi (subsidi domestik) yang diberikan kepada sektor pertanian bagi memastikan produk lain tanpa subsidi dapat bersaing; dan
- penghapusan subsidi eksport dan bantuan pembiayaan eksport.
- PEMBUKAAN PASARAN
Formula Pengurangan Tarif (TRF)
CADANGAN MODALITI TERMASUK PAKEJ JULAI 2008
- Bagi mengurangkan tahap keseluruhan had tarif, draf modaliti telah menggariskan pendekatan 4- band , yang dikenali sebagai formula berperingkat bagi pengurangan tarif ( tiered formula ). Cadangan pengurangan:
Negara Maju |
Negara Membangun |
||
Kumpulan (%) |
Potongan (%) |
Kumpulan (%) |
Potongan (%) |
0 - 20 |
50 |
0 - 30 |
33.3 |
>20 - 50 |
57 |
>30 - 80 |
38 |
>50 - 75 |
64 |
>80 - 130 |
42.6 |
> 75 |
70 |
> 130 |
46.6 |
-
Bagi Negara Maju:
- Minimum purata pemotongan had tarif ditetapkan pada tahap [54]%, bagi semua produk termasuk pengurangan produk sensitif, peningkatan tarif dan produk tropika; dan
- Pengurangan tarif perlu dilaksanakan sama rata setiap tahun selama lima tahun.
-
Bagi Negara Membangun:
- Kuantum pengurangan tarif adalah dua pertiga daripada pengurangan yang dilaksanakan oleh Negara Maju.
- Maksimum keseluruhan pemotongan had tarif ditetapkan pada kadar [36]%, bagi semua produk termasuk produk sensitif.
- Pengurangan tarif perlu dilaksanakan sama rata setiap tahun selama lapan tahun
Produk Sensitif (SeP)
CADANGAN MODALITI TERMASUK PAKEJ JULAI 2008
-
Negara ahli boleh menetapkan produk kadar tarif kuota ( tariff rate quota - TRQ ) sedia ada yang akan dikenakan pengurangan yang lebih rendah, daripada yang ditetapkan di bawah formula pengurangan berperingkat. Untuk produk TRQ ini, draf modaliti mencadangkan:
-
Bagi pemilihan atau penetapan barangan sensitif:
-
Negara Maju:
- dihadkan kepada 4% baris tarif; dan
- penambahan 2% baris tarif sekiranya lebih daripada 30% baris tarif berada di dalam band teratas dalam formula pengurangan tarif, serta perlu pertambahan kadar tarif kuota.
- Negara Membangun boleh menetapkan lebih satu pertiga baris tarif berbanding Negara Maju.
-
Negara Maju:
- Modaliti ini memerlukan pertambahan kadar tarif kuota berdasarkan kepada sisihan kuantum daripada formula pengurangan tarif:
-
Bagi pemilihan atau penetapan barangan sensitif:
- Negara Maju:
- sisihan satu pertiga, pertambahan TRQ sebanyak [3][5]%;
- sisihan satu perdua, pertambahan TRQ sebanyak [3][5]%;dan
- sisihan dua pertiga, pertambahan TRQ sebanyak 4%;
- Negara Membangun:
- Pertambahan TRQ adalah sebanyak 2/3 daripada Negara Maju.
- Pilihan alternatif yang tidak memerlukan pertambahan TRQ:
- melaksanakan formula pengurangan penuh dengan tempoh perlaksanaan yang lebih lama iaitu tambahan 3 tahun; atau
- mengambil sisihan yang lebih kecil (kurang dari 1/3) pada kadar 25% kurang daripada formula pengurangan tetapi dengan tempoh perlaksanaan yang lebih singkat iaitu 2 tahun daripada yang sepatutnya.
-
Dalam kebarangkalian mewujudkan TRQ yang baru, Pengerusi mencadangkan salah satu daripada:
- Tiada baris tarif yang boleh diisytiharkan sebagai sensitif dan tertakluk kepada tarif kuota untuk produk sensitif kecuali baris tarif tersebut telah tertakluk kepada tarif kuota pre-Doha;
atau - Negara ahli boleh mengisytiharkan mana-mana baris tarif sebagai sensitif, tanpa mengira sama ada sebelum ini baris tarif tersebut telah pun tertakluk kepada tarif kuota pre-Doha.
- Tiada baris tarif yang boleh diisytiharkan sebagai sensitif dan tertakluk kepada tarif kuota untuk produk sensitif kecuali baris tarif tersebut telah tertakluk kepada tarif kuota pre-Doha;
Produk Istimewa (SP)
CADANGAN MODALITI TERMASUK PAKEJ JULAI 2008
-
Negara Membangun boleh menetapkan sebahagian produk sebagai produk istimewa berpandukan kepada faktor keselamatan makanan, keselamatan pendapatan dan pembangunan luar Bandar. Produk ini akan tertakluk kepada pengurangan tarif yang rendah daripada yang sepatutnya di bawah formula pengurangan berperingkat. Untuk produk ini, draf modaliti mencadangkan:
- 12% baris tarif yang dibenarkan untuk dipilih sendiri oleh ahli sebagai produk istimewa.
-
Bagi layanan atau pengurangan dalam tarif:
- 5% atau kurang baris tarif boleh dikecualikan daripada pengurangan tarif; dan
- purata pengurangan keseluruhan sebanyak 11%.
Mekanisma Pelindung Khas (SSM)
CADANGAN MODALITI TERMASUK PAKEJ JULAI 2008
- SSM diperkenalkan untuk membenarkan negara membangun mengambil langkah pelindungan sementara untuk melindungi pengeluar domestik daripada kenaikan import dan kejatuhan harga secara mendadak. Draf modaliti mencadangkan:
- Bagi pemilihan: SSM boleh digunakan untuk semua produk, termasuk produk istimewa. Walau bagaimanapun, bilangan produk terhad kepada 2-6 produk sahaja dalam tempoh 12 bulan.
- Trigger bagi harga dan kuantiti tidak boleh digunakan serentak bagi mengelakkan SSM disalah guna apabila terdapat peningkatan harga dan kejatuhan kuantiti import terhadap produk tersebut pada tempoh SSM.
-
Bagi aras trigger dan remedi:
- Bagi trigger kuantiti:
Peratus import (Kuantiti) |
Pertambahan Duti Maksimum (Remedi) |
>105 dan <110 |
|
>110 dan <130 |
|
>130 |
|
-
Bagi trigger harga, cadangan pilihan
- trigger harga, 85% dan ke bawah daripada sumber harga 3 tahun yang terakhir; dan
- remedi adalah tambahan duti tidak melebihi 85% daripada perbezaan di antara harga import dan harga trigger .
-
Bagi remedi melebihi had tarif pre-Doha (Uruguay Round - UR), Ketua Pengarah WTO mencadangkan:
- kadar trigger pada 140% dari import asas;
- remedi yang terpakai dengan had siling sebanyak 15% daripada had tarif Doha atau 15 ad valorem points , yang mana lebih tinggi;
- remedi tidak terpakai sekiranya tidak berlaku kejatuhan harga
- Untuk mengukuhkan peraturan pemakaian SSM dan mengelakkan SSM disalah guna, Pengerusi mencadangkan mekanisme pemeriksaan silang ( cross checking mechanism ) yang menghalang negara ahli daripada menggunakan SSM bagi kejatuhan harga apabila kuantiti import barangan tersebut juga jatuh.
- SUBSIDI DOMESTIK
Purata Pengurangan
CADANGAN MODALITI TERMASUK PAKEJ JULAI 2008
- Untuk mengurangkan kadar keseluruhan subsidi domestik yang distort perdagangan (OTDS), draf modaliti menggariskan pendekatan 3- band seperti berikut:
Kumpulan |
(US$ bilion) |
Pilihan Pengurangan (%) |
Negara |
|
1 |
> 60 |
80 |
EC |
|
2 |
10 – 60 |
70 |
US, Jepun |
|
3 |
< 10 |
[50] |
[60] |
Lain-lain |
-
Pengurangan OTDS pada hari pertama pelaksanaan:
- Kumpulan 1 & 2 : pengurangan sebanyak 1/3
- Kumpulan 3 : pengurangan sebanyak 1/4
- Negara Membangun : pengurangan sebanyak 1/5
- Baki pengurangan akan dilaksanakan sama rata setiap tahun selama lima tahun bagi negara maju dan 8 tahun bagi negara membangun.
- PERSAINGAN EKSPORT
- Bagi subsidi eksport, draf modaliti mencadangkan penghapusan semua bentuk subsidi eksport sebelum akhir tahun 2013 bagi Negara Maju dan 2016 bagi Negara Membangun.
-
Bagi bantuan pembiayaan eksport ( kredit eksport, jaminan kredit eksport dan program insurans), rundingan tertumpu kepada penentuan modaliti bagi syarat dan terma berhubung:
- tempoh pembayaran maksimum selama 180 hari untuk bantuan kewangan. Walau bagaimanapun, Negara Membangun akan diberikan tempoh masa yang lebih lama iaitu 4 tahun untuk mematuhi peraturan ini; dan
- pembiayaan self-financing , iaitu kemampuan untuk recoup kos operasi program serta beroperasi tanpa kerugian, dalam tempoh 4 tahun daripada permulaan program. Bagi Negara Membangun, tempoh masa selama 6 tahun dari permulaan program.
Last Updated 2015-05-14 12:01:30 by admin2