Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Prestasi pelaburan Malaysia meningkat

Kuala Lumpur: Malaysia terus merekodkan peningkatan pelaburan diluluskan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan pada suku pertama 2015 membabitkan nilai RM57.4 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah pelaburan diluluskan suku pertama itu meningkat 18.8 peratus berbanding RM48.4 bilion dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, sektor pembuatan mencatatkan pelaburan RM33.6 bilion dengan 58.5 peratus iaitu paling terbesar berbanding sektor lain, diikuti perkhidmatan RM22.3 bilion atau 38.9 peratus dan sektor utama RM1.5 bilion (2.6 peratus).

"Peningkatan pelaburan itu dicapai walaupun Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan Ekonomi Malaysia lebih rendah pada 2015.

"Ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik serta keupayaan negara bertahan dalam persekitaran yang semakin kompetitif," katanya pada majlis pengumuman Prestasi Pelaburan Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, sebahagian besar pelaburan daripada sumber tempatan, RM47.4 bilion atau 82.6 peratus dan selebihnya pelaburan asing dan pelaburan diluluskan itu daripada 797 projek dengan peluang pekerjaan 48,120.

Beliau berkata, prestasi suku pertama dianggap ‘luar biasa’ memandangkan ia tidak mengikut trend biasa yang menyaksikan produk petroleum menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan.

"Terdapat peningkatan besar, terutama daripada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas.

"Sehingga 30 Mei, 2015, jumlah pelaburan diterima RM27 bilion dalam perancangan, menunggu diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)," katanya.

Ini termasuk pelaburan RM17.6 bilion dalam sektor perkilangan dan RM8.8 bilion bagi perkhidmatan dengan sumber asing utama dari Australia, Hong Kong, Singapura, United Kingdom, Jepun, Pakistan, Taiwan, Korea dan Kanada.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55005#sthash.IDIGUjay.dpuf


Last Updated 2015-08-06 10:01:27 by vox vox

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia
ISMS