Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Matrade yakin dagangan bersama OIC naik 10 peratus

KUALA LUMPUR 10 Julai – Matrade yakin hubungan dagangan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan meningkat antara lima hingga 10 peratus pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, hubungan dagangan bersama OIC sangat penting kepada Malaysia dalam merancakkan industri tempatan dan global di samping mempelbagaikan peluang dan jaringan perhubungan yang lebih efisien.
Beliau berkata, kedua-dua pihak masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki dari segi produk dan perkhidmatan untuk membolehkan syarikat-syarikat perniagaan meneroka pasaran baharu yang berkeupayaan menjana perolehan secara optimum.

Menurut beliau, pada tahun lalu dagangan dua hala antara Malaysia dan negara-negara OIC bernilai AS$45.81 bilion (RM174 bilion) dengan jumlah eksport sebanyak AS$24.7 bilion (RM93.82 bilion) manakala import pula berjumlah AS$21.74 bilion (RM82.57 bilion).

“Malah, kami ingin mengajak lebih banyak syarikat Malaysia memasuki pasaran perniagaan di negara OIC, terutamanya negara Kerjasama Teluk dan Afrika, kerana kita perlu mempelbagai eksport negara dalam persekitaran ekonomi semasa yang semakin mencabar ini.

“Selain itu, hubungan dagangan dua hala ini akan menjadi pemangkin jalinan yang lebih erat antara negara-negara OIC yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Iftar Matrade bersama duta-duta negara OIC di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ir. Hamim Samuri dan Pengerusi Matrade, Datuk Noraini Ahmad.

Antara Januari dan Mei tahun ini, nilai dagangan Malaysia dengan negara OIC berjumlah AS$15.55 bilion (RM59.06 bilion), jatuh 19.7 peratus berbanding AS$19.37 bilion (RM73.57 bilion) dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Sementara itu bagi jumlah eksport ke negara OIC untuk lima bulan pertama pada tahun ini berjumlah AS$8.20 bilion (RM31.12 bilion), menurun sebanyak 20.5 peratus berbanding AS$10.33 bilion (RM39.24 bilion) pada tahun 2014.

Dalam pada itu, jumlah import dalam tempoh yang sama pada tahun ini pula bernilai AS$7.35 bilion (RM27.92 bilion), menyusut sebanyak 18.8 peratus berbanding tahun lalu dan antara rakan dagangan utama negara termasuklah Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Jelas Dzulkifli, syarikat Malaysia perlu mengkaji semua keupayaan dan berani untuk meneroka pasaran sekali gus mengurangkan kesan kejatuhan ringgit untuk meningkatkan produktiviti eksport negara dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.


Last Updated 2015-08-26 10:58:45 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia