Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Kenyataan Akhbar: Setiausaha Eksekutif Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LEMBAGA) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) Mengenai Keputusan Lembaga Ke Atas Permohonan Lesen Kendalian Sementara (TOL) Lynas, 1 Februari 2012

KEPUTUSAN LEMBAGA KE ATAS PERMOHONAN LESEN KENDALIAN SEMENTARA (TOL) LYNAS 

Mesyuarat Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga) telah diadakan pada Isnin, 30 Januari 2012 bagi meneliti dokumen-dokumen yang telah dikemukakan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan seterusnya membuat keputusan sama ada p ermohonan Lesen Kendalian Sementara (TOL) bagi Syarikat Lynas diluluskan atau tidak.

Penilaian ini mengambil kira ulasan dan pandangan orang awam semasa dokumen Syarikat Lynas ini didedahkan kepada orang awam dari 3 hingga 26 Januari 2012. Dokumen tersebut telah ditempatkan di Dewan LPTA, Dengkil, Pejabat Setiausaha Pahang, Cawangan LPTA di Kuantan dan Pejabat LPTA di Lynas. Sehingga 26 Januari 2012, seramai 334 orang awam telah hadir memberikan ulasan dan sebanyak 1,123 ulasan telah diterima.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga tersebut, permohonan Lesen Kendalian Sementara (TOL) Syarikat Lynas ini diluluskan dengan beberapa syarat di mana jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi, lesen TOL boleh digantung atau dibatalkan dan permohonan lesen seterusnya tidak akan dipertimbangkan. Selain itu, pengurusan residu yang terhasil, semasa Syarikat Lynas di bawah lesen TOL ini, adalah di bawah tanggungjawab syarikat termasuk, jika perlu, pemulangan residu kepada sumber asal. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaanPermanent Disposal Facility (PDF);
  2. pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira apakah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu;
  3. pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL;
  4. pihak Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan dan mengikut cadangan yang dikemukakan oleh pihak Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd, sebanyak USD50 juta dibayar kepada Kerajaan Malaysia secara ansuran. Ini tertakluk kepada kajian semula oleh pihak Lembaga jika ditetapkan kemudian; dan
  5. Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Syarikat Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

 


Last Updated 2015-07-20 16:00:27 by vox vox

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia
ISMS