Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Sektor Perkhidmatan ASEAN Berkembang

 

SEKTOR perkhidmatan Asean dijangka berkembang menjelang 2020 dalam tempoh beberapa tahun akan datang, sekali gus memacu negara-negara serantau.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sektor perkhidmatan di Asean sangat penting dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini daripada 40 hingga 50 peratus.

“Proses liberalisasi progresif Asean menerusi Pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Asean untuk Perkhidmatan (AFAS) adalah satu platform yang akan membantu meningkat sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK.

“Pada 2011, sektor perkhidmatan Asean mencapai 58 peratus kepada jumlah keseluruhan aliran pelaburan langsung asing FDI bernilai RM221.25 bilion (AS$51.4 bilion),” katanya.

Menurutnya, kenaikan aliran perkhidmatan dan pelaburan dijangka memberi faedah daripada aliran teknologi, kepakaran dan kemahiran pengurusan.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud dalam mesyuarat pertama Konfederasi Penyedia Perkhidmatan Asean di Kuala Lumpur.

Katanya, antara sektor diberi tumpuan adalah elektrik dan elektronik, pembinaan, kejuruteraan, teknologi maklumat dan Aeroangkasa.

Jelasnya, peningkatan sektor terbabit lebih ketara melalui Komuniti Ekonomi Asean menjelang hujung tahun ini.


Last Updated 2015-09-08 15:09:24 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia