Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Eksport halal dijangka lebih RM37b tahun ini

KUALA LUMPUR: Industri halal Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan positif tahun ini dengan anggaran nilai eksport melebihi RM37 bilion, didorong pelbagai program yang dijalankan agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin, berkata nilai eksport halal yang dicatatkan untuk enam bulan pertama tahun ini sudah menjangkau hampir RM20 bilion dan jumlah itu melebihi daripada jumlah yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, walaupun berdepan dengan situasi ekonomi kurang memberangsangkan seperti penyusutan nilai ringgit, industri halal masih menunjukkan permintaan yang tinggi dan berpotensi besar untuk berkembang.

"Saya lihat situasi ekonomi semasa seperti penyusutan ringgit memberi lebih pulangan kepada pengeksport produk halal dari Malaysia.

"Cuma yang memberi kesan ialah kepada mereka yang mengimport banyak bahan mentah. Namun, mereka disyorkan supaya meningkatkan penggunaan ramuan bahan mentah tempatan bagi mengawal situasi berkenaan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Persidangan dan Pameran Ramuan Halal Asia 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pelancaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83637


Last Updated 2015-09-22 12:58:41 by Azuna Hasbullah atau Abd Rahman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia