Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penglibatan oleh MITI dalam penerbitan "The Malaysian Export and Industry Business Directory 2015-2016" sebagaimana yang didakwa oleh pihak penerbit iaitu Orgnisasi Pengilang dan Pengeksport Malaysia.

Pihak penerbit telah memaklumkan bahawa direktori tersebut khusus untuk syarikat-syarikat terpilih dan bagi mana-mana syarikat yang berminat mereka perlu membeli ruangan iklan mengikut kadar yang telah ditetapkan.