Kaedah Menjalankan Perniagaan di Malaysia
Di Malaysia, perniagaan boleh dijalankan:
- melalui individu yang beroperasi sebagai pemilik tunggal, atau
- melalui dua atau lebih (tetapi tidak lebih daripada 20 orang) secara perkongsian, atau
- melalui syarikat tempatan yang diperbadankan atau melalui syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat (CA) 1965.
Sebuah pemilikan tunggal dan perkongsian di Malaysia mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Bagi perkongsian, rakan-rakan kongsi adalah bersama-sama bertanggungan bagi hutang dan obligasi perkongsian seandainya aset perkongsian tersebut tidak mencukupi. Surat ikatan perkongsian boleh disediakan untuk mengawal hak dan obligasi setiap rakan kongsi tetapi tidak diwajibkan."
- Propose to link “Guidelines On Equity Policy” with the following translated write-up from MIDA's information Book (Malaysia - Investment in the Manufacturing Sector: Policies, Incentives and Facilities):
Dasar Ekuiti dalam Sektor Perkilangan
Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor perkilangan. Dengan hasrat untuk meningkatkan penyertaan domestik dalam aktiviti ini, Kerajaan menggalakkan usaha sama antara pelabur Malaysia dan asing.
Dasar Ekuiti untuk Projek Baru, Pembesaran atau Pempelbagaian
Sejak Jun 2003, pelabur asing boleh memegang 100% ekuiti dalam semua pelaburan dalam projek baru, serta pelaburan dalam projek pembesaran / pelbagaian oleh syarikat sedia ada, tanpa mengira kadar eksport dan tanpa mengira jenis produk atau aktiviti.
Dasar ekuiti juga terpakai untuk:
Syarikat -syarikat yang dahulunya dikecualikan daripada mendapatkan lesen pengilang tetapi kini mempunyai dana pemegang saham mencecah RM2.5 juta atau kini menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa dan dengan demikian perlu dilesenkan.
- Syarikat-syarikat berlesen sedia ada yang dahulunya dikecualikan daripada syarat-syarat ekuiti, tetapi kini perlu mematuhinya kerana dana pemegang saham mereka telah mencapai RM2.5 juta.
Dasar Ekuiti untuk Syarikat Sedia Ada
Syarat ekuiti dan eksport yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat sebelum 17 Jun 2003 akan dikekalkan. Walau bagaimanapun, syarikat boleh meminta supaya syarat-syarat tersebut dibatalkan dan kelulusan akan diberi berdasarkan merit bagi setiap kes. "
Klik untuk maklumat lanjut :
Last Updated 2015-05-14 11:59:08 by admin2